Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemuncak Hujan Meteor Southern Delta Aquariids Diramal Bermula Malam Esok

Kemuncak Hujan Meteor Southern Delta Aquariids Diramal Bermula Malam Esok

Diterbitkan Julai 29, 2024 ยท Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan, kemuncak kepada fenomena Hujan Meteor Southern Delta Aquariids diramal akan berlaku pada malam 30 Julai hingga keesokan awal paginya, 31 Julai 2024 dengan purata sebanyak 20 meteor/jam.

MYSA menjelaskan, fenomena ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius.

Namun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

Fenomena ini berlaku pada setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 96P/Machholz yang disyaki merupakan antara komet utama yang menyebabkan fenomena ini.

Komet 96P/Machholz dianggarkan mengambil masa selama 5.3 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

Hujan Meteor Southern Delta Aquariids

Jadi, kepada para peminat meteor, anda bolehlah bersedia dengan perkakasan seperti kamera, teleskop dan perkakasan berkaitan untuk mencerap fenomena ini.

Berkaitan

  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Pesawat Eksperimental Airbus Ini Janjikan Kelajuan Melebihi 400Km/j

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY