Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tanpa wayar Tarana_BERNAMA

Kementerian Komunikasi Kaji Teknologi Internet Tanpa Wayar Di Kawasan Muka Bumi Sukar

Diterbitkan Disember 16, 2024 · Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kawasan bentuk muka bumi yang sukar diakses untuk pemasangan gentian optik.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata penggunaan teknologi secara gelombang mikro itu, satu penyelesaian bersifat hibrid yang diusahakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Beliau berkata di Johor kajian penggunaan teknologi Tarana dibuat di Kampung Seri Bunian dan Sedenak Tech Park, Kulai sejak Oktober lepas.

Kelajuan Internet yang diperoleh agak baik. Kita harap melalui beberapa pertimbangan termasuk penggunaan free space optical, microwave, serta WiFi yang lebih banyak, akan dapat membantu komuniti yang sebelum ini tiada kesalinghubungan Internet.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pihaknya berharap penggunaan teknologi baharu itu dapat menyelesaikan masalah serta melengkapkan 1.8% kawasan berpenduduk yang masih belum memiliki capaian Internet disebabkan faktor muka bumi yang bergunung-ganang, bukit bukau dan penempatan terpencil di pulau.

Apa yang kita lihat berdasarkan kajian teknologi ini, membolehkan kesalinghubungan atau connectivity dalam lingkungan kira-kira tiga kilometer. Teknologi seperti ini membantu mengagihkan Internet ke kawasan terpencil secara mudah, tanpa perlu menanam banyak kabel sekali gus sesuai terutamanya dari segi kos.

Berkaitan

  • JENDELA Fasa 2 Bakal Dirombak Kerana Fasa 1 Mengecewakan - Fahmi
  • Fahmi Gesa Percepatkan Penyediaan Perkhidmatan Mudah Alih Fasa 1 JENDELA
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • MCMC Peruntuk RM13.7 Juta Bagi Perolehan Titik Akses WiFi Di Tiga IPTA - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY