Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Isu Face Unlock Google Pixel 4 Bakal Hadir Dalam Beberapa Bulan

Kemaskini Isu Face Unlock Google Pixel 4 Bakal Hadir Dalam Beberapa Bulan

Diterbitkan Oktober 21, 2019 · Dikemas kini Oktober 21, 2019 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini kami pernah melaporkan isu “Face Unlock” Pixel 4 yang boleh dinyah-kunci meskipun mata ditutup. Perkara ini mendatangkan masalah kerana peranti tersebut boleh dibuka tanpa disedari pemiliknya terutamanya ketika tidur.

Pixel 4 tidak mempunyai imbasan keselamatan selain daripada fungsi Face Unlock, menjadikan pengguna tiada pilihan lain selain mengharapkan Google mengemaskini isu ini.

Google bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal melepaskan kemaskini Face Unlock yang memerlukan pergerakan mata untuk dinyah-kunci.

Mengikut Google, kemaskini ini tidak hadir dalam masa terdekat, sebaliknya dalam beberapa bulan lagi.

“We’ve been working on an option for users to require their eyes to be open to unlock the phone, which will be delivered in a software update in the coming months.” Kenyataan Google.

Pengguna Pixel 4 yang ingin terus menggunakan fungsi Face Unlock boleh menambah fungsi keselamatan tambahan seperti nombor pin, corak, dan juga kata laluan untuk keselamatan peranti yang lebih tinggi.

Tambahan Google lagi, walaupun fungsi Face Unlock boleh dinyah-kunci walaupun dengan mata tertutup, ia tetap kekal selamat digunakan untuk perbankan dan pembayaran.

“Pixel 4 face unlock meets the security requirements as a strong biometric, and can be used for payments and app authentication, including banking apps.”Google.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY