Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berbeza Dengan Ciri “Face Unlock” iPhone, Pixel 4 Mengesahkan Imbasan Wajah Walaupun Penggunanya Menutup Mata

Berbeza Dengan Ciri “Face Unlock” iPhone, Pixel 4 Mengesahkan Imbasan Wajah Walaupun Penggunanya Menutup Mata

Diterbitkan Oktober 18, 2019 · Dikemas kini Oktober 18, 2019 oleh ariff bukhari

Pakar keselamatan peranti pintar khuatir dengan isu ini.

Telefon pintar terbaru dari Google, Pixel 4 yang telah pun diperkenalkan secara rasmi telah berdepan dengan isu ciri keselamatan.

Ia berkaitan dengan ciri imbasan wajah “Face Unlock” bagi mengakses peranti tersebut yang didapati boleh menyebabkan sesiapa sahaja mengakses peranti tersebut tanpa disedari pemiliknya.

Isu ini berlaku kerana ciri tersebut boleh mengimbas wajah walaupun pemiliknya menutup mata. Sekaligus membenarkan pengguna lain mengakses peranti tersebut. Perkara tersebut ada dinyatakan Google di laman muka Pixel Phone Help.

“Your phone can also be unlocked by someone else if it’s held up to your face, even if your eyes are closed.” Google.

Ia adalah berbeza dengan ciri “Face Unlock” iPhone yang dilengkapi ciri “Attention Aware” yang memerlukan penggunanya membuka mata bagi membolehkan imbasan wajah dilakukan dengan sempurna.

Berikutan itu, pakar keselamatan peranti pintar membangkitkan isu ini kerana khuatiri ia akan dieksploitasi bagi tujuan berniat jahat.

“If someone can unlock your phone while you’re asleep, it’s a big security problem. Someone unauthorised – a child or partner? – could unlock the phone without your permission by putting it in front of your face while you’re asleep. I wouldn’t trust it to secure the private conversations and data on my phone.” Pakar keselamatan, Graham Cluley.

Jadi, sekiranya pengguna Pixel 4 bimbang dengan isu ini, mereka boleh sahaja menutup ciri tersebut.

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY