Sebahagian pengguna Windows 10 versi 1909 berdepan dengan isu ini.
Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terbaru Windows 10 versi 1909 (November 2019 Update ) 2 minggu lalu kepada para pengguna Windows 10 versi 1903.
Menurut Microsoft, kemas kini terbaru itu adalah kemas kini minor yang lebih tertumpu kepada penambah baikan terhadap ciri yang sedia ada dan memperbetulkan pepijat yang terdapat di dalam sistem Windows 10 sebelum ini.
Walaubagaimanapun, sebahagian pengguna melaporkan mereka berdepan dengan isu khususnya terhadap fungsi File Explorer.
Pengguna mendakwa, ciri carian pada File Explorer menyebabkan sistem Windows 10 mereka tergantung. Malah fungsi klik butang kanan tetikus bagi proses salin dan tampal pada ruang carian tidak boleh dilaksanakan.

Setakat ini, penyelesain bagi menangani isu ini adalah pengguna perlu membuang kemas kini Windows 10 versi 1909 dari komputer mereka dan kembali menggunakan Windows 10 versi 1903.
Pengguna boleh membuang kemas kini tersebut menerusi Settings > Update & security > View Update History>Uninstall updates.

Sumber: Born's Tech and Windows World
Berkaitan
- Ini Cara Tukar Ikon Tetikus Windows 11 Anda Supaya Jadi Lebih Menarik
- 10 Kerjaya Digital Terhangat Di Malaysia Ketika Ini
- Kemas Kini Windows 11 Terbaru Didakwa Punca Aplikasi Pelayar Tergantung
- Respon OnePlus Terhadap Kegagalan Ujian Ketahanan OnePlus 10T Oleh YouTuber
- 10 Kemahiran Digital Paling Pesat Berkembang Di Malaysia Ketika Ini
- Huawei Mendakwa Sebanyak 100 Ribu Mate X Telah Berjaya Dijual Setiap Bulan
- Kedudukan 10 Pelayar Sesawang Paling Popular Dikalangan Pengguna Di Seluruh Dunia Setakat Bulan Mei 2019
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Pengguna Windows 7 Hingga Windows 10
- Kemas Kini Terbaru Windows 11 22H2 Menyebabkan Proses Salinan Fail Menjadi Lebih Lama
- Xiaomi Merancang Akan Melancarkan Sebanyak 10 Model Telefon Pintar 5G Tahun Hadapan