Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo Android

Kemas Kini Awal 2023 Menampal 60 Kelemahan Keselamatan Android

Diterbitkan Januari 9, 2023 · Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh ariff bukhari

Google dalam laporan buletin keselamatan 2023 memperincikan kelemahan keselamatan yang menjejaskan telefon pintar Android.

Tampalan 2023-01-01 itu meliputi 20 isu dan 2023-01-05 pula meliputi 40 lagi isu kelemahan tersebut.

Android Security Bulletin

Google menyatakan, antara isu yang paling teruk diperbetulkan dalam tampalan 2023-01-01 adalah kelemahan keselamatan tahap tinggi dalam komponen Framework.

Sementara bagi tampalan 2023-01-05 pula, kelemahan yang paling teruk berlaku pada Kernel di mana dalam bahagian ini kelemahan itu boleh membawa kepada pelaksanaan kod secara kawalan  jauh tanpa perlu kebenaran pelaksanaan tambahan.

Berkaitan

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
  • PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Selama 3 Hari Bermula Esok
  • Pecahkan Rekod Jualan, Ini Adalah Peranti Snapdragon 8 Gen 2 Paling Popular

Bermakna, aplikasi berniat jahat boleh meminta kebenaran tertentu yang sebenarnya tidak diperlukan oleh fungsi aplikasi tersebut.

Apabila diluluskan oleh pengguna Android, aplikasi itu berupaya untuk mengakses data, mengaktifkan mikrofon dan kamera pada peranti.

Sehubungan itu, Google menyatakan bahawa mereka telah pun memaklumkan rakan kongsi Android tentang semua isu itu sekurang-kurangnya sebulan sebelum penerbitan buletin tersebut.

Kemas kini yang dilepaskan meliputi peranti Android yang menggunakan sistem operasi Android 10, 11, 12, 12L dan 13.

Jadi para pengguna Android sekiranya anda ada menerima kemas kini dari pengeluar telefon pintar yang anda gunakan, anda disyorkan supaya mengemas kini peranti anda itu dengan kadar segera.

Sumber: Android Security Bulletin, malwarebytes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY