Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios keselamatan

Kelemahan iOS “worse_query” Boleh Dedahkan Data Aplikasi Lain, Apple Belum Sahkan Pembaikan

Diterbitkan November 11, 2026 oleh Amsyar Latif

Satu kelemahan keselamatan iOS yang dikenali sebagai worse_query dilaporkan membolehkan aplikasi berniat jahat membaca fail tempatan milik aplikasi lain di iPhone. Ia berisiko mendedahkan seed phrase, kunci peribadi (private key) dompet kripto dan maklumat log masuk pengguna.

Binance mengeluarkan amaran tersebut menerusi X dan menyenaraikan iOS 26.7.1, iOS 27.0.1 dan iOS 27.2 antara versi yang terjejas. Menurut Binance, isu ini berpunca daripada iOS sendiri dan tidak terhad kepada aplikasi Binance.

https://x.com/binance/status/2120093246399430770?a=lbh7QEG9g5yHQuSzO9g&s=20

worse_query ialah teknik sandbox escape yang didedahkan secara terbuka di GitHub pada 8 November oleh penyelidik keselamatan yang dikenali sebagai forcequitOS. Teknik ini membolehkan aplikasi melepasi sandbox iOS, iaitu lapisan keselamatan yang sepatutnya mengasingkan data setiap aplikasi.

Berdasarkan dokumentasi penyelidik itu, worse_query berfungsi pada iOS 26.0 hingga 26.7.2 dan iOS 27.2. Julat ini lebih luas berbanding versi yang dinyatakan Binance. Teknik ini juga hanya berfungsi jika aplikasi yang menggunakannya mempunyai App Group container.

Sehari kemudian, pembangun Christoph Kolbicz menghasilkan WQ Files. Alat ini menggunakan worse_query untuk melayari, mengeksport, menyunting dan memadam data aplikasi lain tanpa jailbreak. Menurut BleepingComputer, WQ Files berfungsi pada ketiga-tiga versi iOS yang disebut Binance.

Apple melancarkan iOS 27.2.1 dan iOS 26.7.3 pada 9 November, tetapi nota keselamatan kedua-dua kemas kini itu tidak menyebut worse_query. Apple juga belum mengesahkan sama ada kemas kini tersebut menampal kelemahan berkenaan.

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat syarikat keselamatan blockchain SlowMist, 23pds, mendakwa iOS 27.2.1 dapat menyekat worse_query. Bagaimanapun, dakwaan itu belum disahkan Apple.

Setakat ini, Binance dan penyelidik tersebut tidak melaporkan sebarang serangan atau kecurian data menggunakan worse_query.

Binance menasihatkan pengguna memadam aplikasi yang dipasang daripada sumber tidak dipercayai, termasuk fail IPA yang dipasang secara sideload atau ditandatangani secara manual. Pengguna juga perlu mengemas kini iOS dan semua aplikasi kepada versi rasmi terkini.

Bagi pengguna yang mengesyaki data mereka telah terdedah, Binance menggesa mereka memindahkan dana ke dompet baharu yang dicipta pada peranti bersih dan menetapkan semula semua sesi log masuk aktif.

Berkaitan

  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Apple Keluarkan iOS 27.2.1 - Baiki Kelemahan Keselamatan iMessage, AirPlay Dan Bluetooth

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Samsung Lancar SSD Mudah Alih Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM1,170 Hingga RM9,300
  • Claude Kini Ada Sheets Dan Whiteboards, Anthropic Bersaing Dengan Microsoft Dan Google
  • Nvidia Dan Jensen Huang Kini Berdepan Saman Selepas Isu Hubungan Sulit
  • Infinix Lancar Komputer Riba Pertamanya Di Malaysia, XBOOK 14 Neo Bermula RM2,199
  • Pengguna Claude Pro Boleh Guna Fable 5.2 Tanpa Caj Tambahan Sehingga 17 November
  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
©2026 WISER.MY