Aplikasi Zoom kini telah melancarkan satu ciri terbaharu mereka iaitu pengenalan avatar. Kalau dahulu, kita hanya boleh menukar latar belakang dengan video atau gambar, kini anda boleh menukar diri anda kepada avatar pilihan yang disenarai dalam Zoom.
Ciri baharu ini sudah pasti akan menarik lebih ramai orang untuk menggunakan zoom sebagai satu medium untuk mesyuarat secara dalam talian. Avatar yang berada dalam aplikasi Zoom ini bakal menggantikan ekspresi wajah dan pergerakan pengguna. Jadi, pengguna yang tidak mahu menunjukkan wajah ketika berada dalam zoom boleh menggantikan wajah mereka dengan avatar yang tersedia.
Take a walk on the wild side with our newest feature: Avatars! ???
Settings > Backgrounds & Effects > Avatars https://t.co/3psboCfNUB pic.twitter.com/BE0m7FOXls
— Zoom (@Zoom) March 22, 2022
Anda sudah boleh mula mengemas kini aplikasi Zoom di peranti masing-masing untuk menikmati ciri Zoom yang terbaharu ini. Tapi, lepas kemas kini mesti anda ingin tahu bagaimana untuk menggunakan ciri ini, betul tak? Jadi, jom kita lihat langkah-langkah untuk menggunakan ciri ini di Zoom.
- Pertama sekali, anda perlu buka aplikasi Zoom Meeting.
- Klik pada bahagian ‘^’ bawah sebelah kiri pada menu ‘Stop Video’.
- Kemudian, pilih Choose Virtual Background.
- Seterusnya, pilih Background & Effects.
- Klik pada avatar dan pilih avatar yang anda inginkan.
Selepas itu, ia sudah boleh digunakan oleh anda dalam Zoom Meeting. Zoom sentiasa cuba untuk menaik taraf perkhidmatan mereka dengan mencipta ciri atau fungsi baharu yang menarik dan berguna untuk penggunanya. Melalui ciri baharu ini, Zoom mengharapkan agar mesyuarat secara dalam talian anda semua lebih menggembirakan dan membangkitkan suasana yang positif.
Sumber : Zoom Blog
Baca juga :