Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Melaporkan Mikrofon Aplikasi Zoom Masih Aktif Walaupun Tidak Lagi Digunakan

Pengguna Melaporkan Mikrofon Aplikasi Zoom Masih Aktif Walaupun Tidak Lagi Digunakan

Diterbitkan Februari 14, 2022 oleh Meor Hasyim

Melalui kemaskini macOS Monterey, Apple telah menyertakan ciri privasi petunjuk penggunaan mikrofon jika ia digunakan oleh sesuatu aplikasi.

Dengannya, pengguna boleh mengetahui jika mikrofon digunakan tanpa pengetahuan oleh mana-mana aplikasi.

Pengguna Melaporkan Mikrofon Aplikasi Zoom Masih Aktif Walaupun Tidak Lagi Digunakan
Ciri petunjuk mikrofon

Seiring dengan ciri ini, ramai pengguna telah melaporkan bahawa platform telesidang Zoom masih menggunakan mikrofon walaupun pengguna sudah keluar dari sesi panggilan video.

Menerusi maklum balas pengguna, mereka mendapati ciri petunjuk itu bercahaya oren menandakan mikrofon Mac masih lagi digunakan.

Ada juga pengguna lain yang memasang aplikasi pemantauan seperti Timing dan mengatakan Zoom masih aktif digunakan beberapa jam lamanya walaupun sesi panggilan sudah ditamatkan.

Jika anda turut mengalami masalah yang sama, salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan menutup terus Zoom, bukannya membiarkan ia aktif pada latar belakang.

Seterusnya adalah dengan tidak menggunakan aplikasi natif Zoom sebaliknya menggunakan versi web. Seusai selesai sesi panggilan, boleh menutup tab web.

Menurut Zoom, buat masa ini pihak mereka sedang menyiasat isu ini.

Sumber: Cult of Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY