Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kelajuan Purata Muat Turun U Mobile Kini Melebihi 60Mbps Di Tiara Sendayan, Mukim Labu, Negeri Sembilan

Kelajuan Purata Muat Turun U Mobile Kini Melebihi 60Mbps Di Tiara Sendayan, Mukim Labu, Negeri Sembilan

Diterbitkan Mei 25, 2023 oleh ariff bukhari

Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama pihak Industri telekomunikasi iaitu Konsortium Jaringan Selangor, CelcomDigi, Maxis dan U Mobile telah mengadakan audit penilaian projek komunikasi bagi pemantauan pembangunan infrastruktur komunikasi di Tiara Sendayan di Mukim Labu, Negeri Sembilan susulan aduan komunikasi yang telah diterima.

MCMC memaklumkan, masalah liputan telekomunikasi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan itu telah pun berjaya diselesaikan dengan penyediaan infrastruktur komunikasi sebagai penyelesaian jangka panjang di kawasan tersebut.

Hasil daripada pelaksanaan audit itu mendapati, pembinaan infrastruktur komunikasi telah selesai dan penduduk di kawasan perumahan Tiara Sendayan kini sudah boleh menerima capaian Internet yang kondusif secara berperingkat bermula bulan Mei 2023.

Setakat ini, perkhidmatan komunikasi yang telah tersedia di kawasan perumahan itu adalah perkhidmatan U Mobile dengan purata kelajuan muat turun direkodkan adalah melebihi 60 Mbps.

Sementara perkhidmatan komunikasi yang lain disasarkan akan beroperasi sepenuhnya sebelum 30 Jun 2023.

Berkaitan

  • Liputan 5G Capai 59.5% Seluruh Negara, 34% Di Sarawak
  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Tencent Lancar Pembayaran Guna Tapak Tangan Di China

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY