Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
freebuds 4i wide

Kehilangan Pendengaran Adalah Kekal, Ini Saranan WHO Untuk Jaga Telinga Anda

Diterbitkan November 8, 2022 · Dikemas kini November 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Manusia moden hari ini banyak menggunakan peralatan audio seperti earphone, putik telinga TWS, pembesar suara dengan kelantangan melampau demi memuaskan nafsu. Tahukah anda ini berisiko menjahanamkan telinga secara kekal?

Deria pendengaran merupakan salah satu nikmat yang tidak boleh dibaik pulih selepas kehilangannya.

Justeru, World Health Organization (WHO) menyenaraikan 6 cadangan semasa aktiviti keraian diadakan:

  • Tahap bunyi purata maksimum 100 desibel.
  • Rakaman tahap bunyi dan pemantauan secara langsung menggunakan peralatan dikalibrasi oleh kakitangan khas
  • Kesepaduan akustik dan sistem audio pada tahap terbaik demi kualiti dan keselamatan pendengaran
  • Penyediaan alat perlindungan pendengaran individu pada penonton bersama panduan menggunakannya
  • Ketersediaan zon senyap untuk penonton merehatkan telinga dan kurangkan risiko kerosakan pendengaran
  • Penyediaan latihan dan maklumat kepada kakitangan.

Cadangan-cadangan ini adalah berdasarkan bukti baharu dan kerjasama dengan pakar daripada WHO, kerajaan, pihak industri, pengguna serta orang awam, jelas WHO.

Berkaitan

  • Ini Telefon Pertama Yang Buang Bicu Audio Dan Ia Bukan iPhone
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Siapa Itu Tencent? Pembangun 'Games' Terbesar Di Dunia
  • Apple Pilih Bangunan Milik KWSP, S P Setia dan Sime Darby Sebagai Pejabat Baharu - Battersea Power Station
  • Enam Pembelian Syarikat Teknologi Paling Bijak Dan Menguntungkan Sepanjang Zaman
  • 8+1 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli iPad Gen-10
  • 11 Fakta Tentang Rishi Sunak, PM UK Berusia 42 Tahun Dan Lebih Kaya Daripada Raja Charles III
  • Ini 6 Benda Baru Di YouTube Yang Anda Perlu Tahu Sekarang Agar Tidak Terkejut

Untuk makluman, pendedahan pada bunyi yang terlalu kuat boleh menyebabkan kehilangan pendengaran secara sementara atau tinnitus.

Namun, jika berulang atau secara berpanjangan, ia boleh menyebabkan kehilangan secara kekal dan tidak boleh dipulihkan.

WHO meminta pemuda pemudi melakukan sedemikian untuk menjaga telinga:

  • Rendahkan kelantangan peranti
  • Menggunakan peranti audio (headphone contohnya) yang muat dengan sempurna, yang mempunyai noise-cancelling adalah digalakkan
  • Memakai earplug di tempat yang bising
  • Menjalankan pemeriksaan pendengaran secara berkala

Sebanyak lebih 1 bilion manusia berisiko kehilangan pendengaran mereka jika terus mengamalkan amalan yang berbahaya pada kesihatan.

Sumber: WHO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY