Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kecacatan Kejuruteraan Punca Tragedi Kapal Selam Titanic -NTSB

Kecacatan Kejuruteraan Punca Tragedi Kapal Selam Titanic -NTSB

Diterbitkan Oktober 16, 2025 · Dikemas kini Oktober 16, 2025 oleh ariff bukhari

Kecacatan kejuruteraan dan ujian yang tidak mencukupi menjadi punca kepada letupan dahsyat sebuah kapal selam persendirian semasa ekspedisi ke bangkai kapal Titanic pada tahun 2023, menurut laporan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat (NTSB) pada Rabu.

Laporan itu dikeluarkan selepas Pengawal Pantai AS pada Ogos lalu mendedahkan pelbagai kelemahan dalam operasi syarikat OceanGate, serta kecacatan reka bentuk kapal selam Titan, yang menyebabkan tragedi boleh dielakkan itu dan meragut nyawa lima penumpang.

“Kami mendapati proses kejuruteraan OceanGate bagi Titan tidak mencukupi dan menghasilkan struktur tekanan berasaskan gentian karbon yang mengandungi pelbagai kecacatan serta gagal memenuhi keperluan kekuatan dan ketahanan yang sepatutnya,” menurut laporan NTSB.

“Disebabkan OceanGate tidak menjalankan ujian yang secukupnya, syarikat itu tidak mengetahui tahap sebenar kekuatan dan ketahanan struktur tekanan Titan — yang berkemungkinan jauh lebih lemah daripada sasaran mereka.

“Tambahan pula, analisis OceanGate terhadap data pemantauan struktur Titan secara masa nyata adalah cacat, menyebabkan mereka tidak menyedari bahawa kapal selam itu telah rosak dan sepatutnya dihentikan operasi selepas penyelaman sebelumnya,” tambah laporan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, menyertai ekspedisi malang itu bersama penjelajah British Hamish Harding, pakar laut dalam Perancis Paul-Henri Nargeolet, serta jutawan Pakistan-Britain Shahzada Dawood dan anaknya Suleman.

Setiap tempat duduk di kapal selam tersebut berharga USD 250,000 (~RM1.05 juta) seorang.

Kapal selam bersaiz SUV itu hilang komunikasi kira-kira 1 jam 45 minit selepas menyelam pada 18 Jun 2023, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat dramatik yang menarik perhatian dunia.

Beberapa hari kemudian, serpihan kapal ditemui di dasar laut, kira-kira 500 meter dari haluan Titanic, dan sisa manusia turut dijumpai apabila kapal itu dibawa naik ke permukaan.

Tidak lama selepas tragedi itu, OceanGate menghentikan semua operasinya.

Pada tahun lalu, keluarga Nargeolet memfailkan saman USD 50 juta terhadap OceanGate, menuduh syarikat berpangkalan di AS itu melakukan kecuaian melampau.

Bangkai kapal Titanic terletak kira-kira 644 kilometer dari pantai Newfoundland dan telah menjadi tarikan kepada pakar nautika serta pelancong bawah laut sejak penemuannya pada tahun 1985.

Kapal bersejarah itu karam pada tahun 1912 selepas melanggar aisberg dalam pelayaran sulungnya dari England ke New York, dengan 2,224 penumpang dan kru di atas kapal. Lebih daripada 1,500 orang terkorban. – AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Syarikat China Rancang Tenggelamkan Pusat Data Bawah Laut Bagi Atasi Isu Penggunaan Tenaga
  • Kedah Berhasrat Tubuhkan "Kedah Science Centre" Di Kulim Hi-Tech Park

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY