Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaspersky Laporkan Pengguna Hilang Duit Sebab Tonton “Stranger Things”

Kaspersky Laporkan Pengguna Hilang Duit Sebab Tonton “Stranger Things”

Diterbitkan Julai 20, 2022 · Dikemas kini Julai 20, 2022 oleh ariff bukhari

Analisis yang dijalankan oleh pakar keselamatan dari Kaspersky mendedahkan, penjenayah siber mengambil kesempatan ke atas kemunculan semula siri popular Netflix iaitu Stranger Things dengan menawarkan tontonan serendah USD1.00 (~RM4.45) menerusi platfom pihak ketiga.

Mangsa diminta mendaftarkan akaun baru dan memasukkan info bank mereka untuk menonton siri tersebut pada harga yang ditawar itu.

Selepas mangsa selesai mengisi maklumat itu, penjenayah siber akan terus mengeringkan duit dari akaun mangsanya.

Mangsa pula tidak pun dapat menonton siri drama misteri tersebut.

Kaspersky Laporkan Pengguna Hilang Duit Sebab Tonton “Stranger Things”

Selain itu, pakar keselamatan Kaspersky juga mengesan e-mel mengaitkan Stranger Things bagi tujuan spam.

E-mel itu pula bagi menjual produk-produk seperti baju bertemakan siri drama Netflix tersebut.

Ekoran itu, Kaspersky menasihatkan pengguna supaya mengabaikan saja bentuk pautan e-mel yang menjanjikan tontonan awal sesebuah filem atau siri TV.

Juga beri perhatian terhadap jenis fail yang di muat turun. Sebagai contoh, fail-fail video atau audio tidak akan menggunakan extension .exe atau .msi.

Sumber: Media Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY