Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Dia Kapal Kargo Elektrik Pertama Di Dunia Ciptaan China

Inilah Dia Kapal Kargo Elektrik Pertama Di Dunia Ciptaan China

Diterbitkan Disember 13, 2017 · Dikemas kini Disember 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

China kini boleh berbangga dengan satu lagi kejayaan mereka dalam bidang logistik apabila berjaya menghasilkan kapal kargo yang dijana sepenuhnya dengan kuasa elektrik.

Dibina dengan ukuran 230 kaki panjang, 45 kaki lebar dan 14 kaki tinggi, ia berkemampuan untuk menampung beban sehingga 2000 tan metrik.

Kapal yang dibina oleh Guangzhou Shipyard International Company Ltd, ini berlayar menggunakan kuasa elektrik 2.4MWj yang dijana dari superkapasitor dan 1000 bateri lithium. Difahamkan, ia berupaya mencapai jarak pelayaran sehingga 44 batu nautika atau lebih kurang  80km.

“Kapal ini dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik, dan ia tidak mendatangkan ancaman kepada alam sekitar. Teknologi ini tidak lama lagi akan diaplikasikan pada kapal lain seperti kapal yang membawa penumpang” ujar Huang Jialin selaku pengurus besar syarikat pembuatan kapal tersebut.

Ironinya mengenai kapal yang dikatakan mesra alam sekitar ini adalah ia membawa kargo berupa arang batu yang mana jelas salah satu punca kepada pencemaran udara.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY