Pitas pula yang merupakan sebuah daerah kecil terletak 195 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah adalah antara daerah yang pernah dijejaki penulis ketika berada di Sabah.
Jika dahulu Pitas hanya sebuah daerah terpencil, tetapi kini pastinya daerah itu telah menerima pembangunan penting, khususnya capaian internet.
TM hari ini mengumumkan bahawa Pusat Internet yang terletak di Pitas telah menjadi Pusat Internet yang pertama di Malaysia yang dinaiktaraf kelajuan sehingga 300Mbps.
Salah sebuah Pusat Internet di Pitas yang menerima naiktaraf internet itu adalah Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.
Akses internet yang lancar bukan sahaja sebagai jambatan komunikasi bagi kemudahan penduduk tempatan, bahkan ia adalah dunia siber baharu di Pitas.
Kerajaan menerusi SKMM dan penyedia-penyedia perkhidmatan internet di Malaysia kini dalam usaha merapatkan jurang digital bagi meningkatkan sosio-ekonomi khususnya di daerah-daerah pedalaman di Sabah.
Usaha memperbanyakkan Pusat Internet di Sabah diharapkan akan memberi manfaat yang besar seterusnya merealisasikan impian penduduk di Sabah keseluruhannya ke arah kehidupan Digital Malaysia.
Berkaitan
- Malaysia Ditangga Ke-18 Sebagai Negara Terburuk Dalam Kebebasan Internet
- Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron
- Imej Telefon Pintar Mi A3 Terdedah Awal Di Internet
- Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah Ditangani
- Perluasan Liputan 5G Akan Membolehkan Harga Internet Diturunkan - Menteri
- Beli Tiket Lawatan Ke Pusat Sains Negara Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi eTicketing PSN
- Bagi Menyejukkan Pusat Data, Microsoft Merendam Pelayan Mereka Ke Dalam Cecair Mendidih
- Cara Menebus Data Internet 1GB Percuma Untuk Pengguna Pascabayar Dan Prabayar
- Jumlah Trafik Internet Di Malaysia Mencatatkan Lebih Daripada 1 Tbps
- Masalah Capaian Internet Di Kg. Sungai Samak, Bagan Datuk Perak Mendapat Perhatian SKMM