Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Internet

Kampung Pinggan-Pinggan Kini Miliki Pusat Internet Pertama Di Malaysia Yang Menyokong Kelajuan Internet Sehingga 300Mbps

Diterbitkan September 29, 2020 · Dikemas kini September 30, 2020 oleh ariff bukhari

Negeri Sabah sememangnya amat dekat dengan hati penulis. Menimba ilmu dan pengalaman selama hampir 10 tahun di sana meninggalkan banyak kenangan peribadi yang sukar dilupakan.

Pitas pula yang merupakan sebuah daerah kecil terletak 195 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah adalah antara daerah yang pernah dijejaki penulis ketika berada di Sabah.

Kampung Pinggan-Pinggan Kini Miliki Pusat Internet Pertama Di Malaysia Yang Menyokong Kelajuan Internet Sehingga 300Mbps

Jika dahulu Pitas hanya sebuah daerah terpencil, tetapi kini pastinya daerah itu  telah menerima pembangunan penting, khususnya capaian internet.

TM hari ini mengumumkan bahawa Pusat Internet yang terletak di Pitas telah menjadi Pusat Internet yang pertama di Malaysia yang dinaiktaraf kelajuan sehingga 300Mbps.

Salah sebuah Pusat Internet di Pitas yang menerima naiktaraf internet itu adalah Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.

Akses internet yang lancar​​ bukan sahaja sebagai jambatan komunikasi bagi kemudahan penduduk tempatan, bahkan ia adalah dunia siber baharu di Pitas.

Kerajaan menerusi SKMM dan penyedia-penyedia perkhidmatan internet di Malaysia kini dalam usaha merapatkan jurang digital bagi meningkatkan sosio-ekonomi khususnya di daerah-daerah pedalaman di Sabah.

Usaha memperbanyakkan Pusat Internet di Sabah diharapkan akan memberi manfaat yang besar seterusnya merealisasikan impian penduduk di Sabah keseluruhannya ke arah kehidupan Digital Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY