Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei pura70 ultra

Kamera Huawei Pura70 Ultra Nombor Satu Carta DXOMARK

Diterbitkan Mei 9, 2024 · Dikemas kini Mei 9, 2024 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan lalu, HONOR Magic6 Pro merupakan telefon nombor satu mengikut carta DXOMARK untuk kamera dengan skor 158.

Kini, kedudukan tersebut akhirnya dirampas telefon yang baru sahaja dilancarkan, iaitu Huawei Pura70 Ultra. Ia menerima skor tertinggi di DXOMARK dengan skor 163.

Menurut DXOMARK, telefon ini mempunyai exposure dan kontras yang seimbang, termasuk apabila dilihat pada paparan HDR.

Kameranya pun hadir dengan autofokus yang pantas dan tepat serta penstabilan baik dalam rakaman video. Bokeh yang terhasil juga kelihatan semula jadi.

Screenshot 2024-05-09 at 3.14.41 PM

Namun, kekurangannya adalah seperti hingar dalam video, ada isu ghosting apabila gambar subjek bergerak (walaupun dengan cahaya yang terang), warna gambar yang kurang baik apabila kurang cahaya dan hasil gambar zum yang tak berapa semula jadi.

Imbas kembali, Huawei Pura70 Ultra didatangkan kamera utama 50MP 1″, 40MP ultra lebar dan 50MP telefoto. Buat masa sekarang, ia masih lagi dalam fasa prapesan yang mana ia dijual pada tanda harga RM6,599 di Malaysia.

Screenshot 2024-05-09 at 3.37.14 PM
ranking penuh

Walau bagaimanapun, skor DXOMARK bukanlah penanda aras utama yang perlu kita ikut tetapi sekurang-kurangnya ia boleh jadi rujukan.

Jangan risau, kami akan buat ulasan berkaitan kemampuan kamera ini nanti.

Prapesan siri Huawei Pura 70 di sini – https://invol.co/cll2gi2.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan

Sumber: DXOMARK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY