Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Charge

Kakitangan Pertahanan UK Dinasihat Elak Sambungkan Telefon Ke EV China

Diterbitkan April 28, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat-syarikat British yang terlibat dengan ketenteraan dan perkhidmatan risikan UK menasihatkan kakitangan mereka supaya tidak menyambungkan telefon pintar mereka ke dalam kereta elektrik buatan China.

Ia ekoran kebimbangan data sensitif keselamatan negara itu mungkin dicuri oleh kerajaan China.

Syarikat-syarikat pertahanan utama UK mula mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan pengintipan oleh kereta elektrik China, selaras dengan langkah Kementerian Pertahanan negara itu yang telah mengharamkan kereta menggunakan teknologi China daripada memasuki kawasan ketenteraan yang sensitif.

Malah, ada kakitangan yang diarahkan meletakkan kereta mereka sejauh dua batu dari tempat kerja.

Langkah berjaga-jaga terbaru ini termasuklah tidak menyambungkan telefon ke kereta melalui Bluetooth atau kabel, tidak berbincang tentang kerja dalam kereta, dan tidak meletakkan kereta di kawasan kilang.

Syarikat-syarikat seperti BAE Systems, Rolls Royce, Raytheon, Lockheed Martin dan Thales mengambil langkah berjaga-jaga ini kerana bimbang data penting boleh diakses melalui sistem dalam kereta China.

Walaupun tiada bukti kukuh menunjukkan bahawa kereta China digunakan untuk pengintipan, para pakar mengatakan pendekatan berhati-hati ini adalah wajar memandangkan nilai tinggi syarikat pertahanan sebagai sasaran pengintipan.

Namun begitu, ada juga pakar yang berpendapat China tidak mungkin sanggup merisikokan pasaran eksport keretanya dengan terlibat dalam skandal pengintipan besar-besaran.

Beberapa syarikat pengeluar China telah menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa mereka mematuhi undang-undang perlindungan data UK dan EU.

Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang risikan China, syarikat-syarikat China diwajibkan bekerjasama dengan agensi risikan negara jika diminta.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM
  • Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun

Sumber: The i Paper

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY