Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta horizon workrooms

Kakitangan Kelam-Kabut Bila Zuckerberg Arah Mesyuarat Di Alam Meta, Headset Tak Beli Lagi

Diterbitkan Oktober 11, 2022 · Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Metaverse sana, metaverse ini. Istilah ini menjadi popular apabila Zuckerberg pada tahun lalu mengumumkan wawasannya iaitu sebuah dunia maya di mana semua urusan, transaksi, aktiviti sosial dilakukan melalui peranti VR.

Horizon Workrooms

Dengan itu, syarikat itu melancarkan sebuah rangkaian sosial bernama Horizon World. Namun, beberapa hari lalu The Verge melaporkan platform itu sedang mengalami masalah kualiti yang kritikal.

Bahkan, kakitangan Meta sendiri tidak melaziminya.

Terbaru, laporan daripada New York Times pula mengatakan bahawa kakitangannya menjadi kelam-kabut apabila diarahkan Zuckerberg untuk melangsungkan mesyuarat (secara maya iaitu VR) melalui aplikasi Horizon Workrooms.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah "Dunia Baharu" Ciptaan Mark Zuckerberg
  • Butang Carian Di Profil, Kini Lebih Mudah Cari Twit Individu
  • Hati-Hati, Meta Jumpa Jalan Untuk Kumpul Data Pengguna Tanpa Lalui 'Ask App Not To Track'
  • Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Ramai Tak Faham Apa Itu Metaverse, Teknologi Lain Akan Kuasai Masa Depan - Tim Cook

Hal ini kerana banyak antara mereka tidak pun memiliki atau sempat ‘bermain-main’ dengan headset VR yang membolehkan mereka menyertai Horizon.

Mereka kemudian jadi kalut kerana perlu membelinya dan mendaftar sebelum orang atasan mengetahuinya, kata sumber.

Kakitangan Kelam-Kabut Bila Zuckerberg Arah Mesyuarat Di Alam Meta, Headset Tak Beli Lagi

Horizon Workrooms membolehkan manusia-manusia dalamnya berkumpul sebagai avatar dan mengalami suasana seakan-akan pejabat.

Menurut memo dalaman didapati The Verge, Naib Presiden Metaverse Vishal Shah menyedari ramai dalam kalangan kakitangan mereka sendiri tidak cukup mendalami aplikasi Horizon World.

“Kenapa macam? Boleh tak kita suka produk kita sendiri sampai kita gunakannya setiap masa? Yang betulnya, kalau kita tak suka, macam mana kita boleh rasa pengguna pun akan sukainya? -Vishah Shah

Dalam tinjuan dilakukan Blind terhadap 1,000 pekerja, hanya 58% daripada mereka benar-benar faham strategi berkenaan metaverse.

We understand our community will miss the Oculus name, but change doesn't always have to be a bad thing! We're hoping to make our ambitions to help build the metaverse more clear with our new name!

— Meta Quest (@MetaQuestVR) January 26, 2022

Untuk makluman, Meta juga ada memasarkan headset VR mereka sendiri iaitu Meta Quest 2 pada harga $399 (~RM1860), naik $100 daripada harga asalnya. Ia dulu dikenali sebagai Oculus Quest 2, bersempena sebuah bahagian di bawah Facebook yang menumpukan terhadap VR.

Selepas penjenamaan semula Facebook Inc. pada Meta Platforms, jenama Oculus dilupuskan dan divisyen itu diletakkan langsung di bawah Meta.

Sumber: Insider, New York Times, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY