Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kakitangan Google Semakin Hilang Keyakinan Dengan CEO Sundar Pichai

Kakitangan Google Semakin Hilang Keyakinan Dengan CEO Sundar Pichai

Diterbitkan Februari 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sudah memegang tampuk kepimpinan Google sejak 2015, keyakinan kakitangan syarikat teknologi itu terhadap Sundar Pichai dilihat semakin menurun.

Berdasarkan laporan dari Bloomberg, satu kaji selidik”Googlegeist” telah dijalankan.

Dapatan yang diterima, memperlihatkan tahap keyakinan kakitangan Google terhadap Ketua Pegawai Eksekutif mereka telah menurun dari 92% tahun lalu kepada 74%.

Ia merupakan peratusan keyakinan terendah yang dicatatkan dalam tempoh enam tahun di Google.

Penurunan peratusan juga dapat dilihat untuk jawapan balas berkenaan kepuasan bekerja serta pampasan yang dibayar kepada kakitangan. Walaupunbegitu, masih ada angka-angka positif seperti sama ada mereka akan mencadangkan Google sebagai tempat bekerja dimana 86% memberikan respon yang baik.

 

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY