Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Terkini Dedah Hampir 50% Pemilik EV Di AS Pertimbang Kembali Kepada Kereta ICE

Kajian Terkini Dedah Hampir 50% Pemilik EV Di AS Pertimbang Kembali Kepada Kereta ICE

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada hasil kajian terkini yang didedahkan dalam laporan McKinsey Mobility Consumer Pulse yang diterbitkan baru-baru ini, 29% pemilik EV mempertimbangkan mahu kembali kepada kereta tradisional yang menggunakan enjin pembakaran dalaman atau singkatannya ICE (Internal Combustion Engine).

Dapatan itu adalah hasil kaji selidik terkumpul ke atas pemilik EV dari 9 buah negara meliputi Jepun, Australia, Brazil, China, Jerman, Itali, AS, Great Britain dan Norway.

Menurut kajian itu, kebarangkalian pemilik EV di negara Great Britain dan AS untuk kembali kepada kereta ICE adalah yang paling ramai mahu iaitu masing-masing mencatatkan 49% dan 46%.

Screen Shot 2024-07-03 at 1.57.31 PM

Antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan itu adalah seperti kekurangan kemudahan stesen pengecasan di tempat awam, kos pemilikian yang terlalu tinggi dan tidak menyukai pengalaman pemanduan EV.

Screen Shot 2024-07-03 at 1.56.45 PM

Laporan oleh McKinsey & Company juga mendedahkan, ramai pembeli EV adalah terdiri daripada orang muda, kebanyakannya tinggal di bandar dan mahir berkaitan teknologi.

Ini bukanlah kajian pertama seumpanya kerana pada tahun lalu, kajian yang serupa telah dibuat dengan mendapati hampir separuh pemilik EV pertimbang kembali kepada kereta petrol.

Berkaitan

  • Hampir Separuh Pemilik EV Pertimbang Kembali Kepada Kereta Petrol - Kajian
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: McKinsey Mobility Consumer Pulse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY