Kajian Temui Lebih 2000 Aplikasi Berbahaya Dalam Play Store, Termasuk Aplikasi Popular

Satu kajian kerjasama yang dijalankan antara University of Sydney dan Data61 telah menemukan 2040 aplikasi, dikelaskan sebagai berbahaya yang terdapat dalam platform Google Play Store.

Hasil kajian melibatkan 1 juta aplikasi memperlihatkan sebahagian besarnya disebutĀ  sebagai aplikasi bebas perisian hasad, tetapi meminta kebenaran yang meragukan untuk mengakses data. Sementara itu, terdapat juga aplikasi yang sememangnya terkandung dengan perisian hasad.

Dua aplikasi popular yang sering dipalsukan adalah Games Temple Run dan Hill Climb, dimana ia akan meminta kebenaran mengakses data yang meragukan.

Penyelidik menggunakan rangkaian neural dan mesin pembelajaran sebagai kaedah mengesan ikon aplikasi yang serupa, serta mengenal pasti penerangan teks yang ditiru daripada 10,000 aplikasi paling popular dalam Google Play Store. Dapatan daripada penggunaan algoritma itu menemukan 49,608 potensi ancaman dari aplikasi.

Mereka kemudiannya menggunakan VirusTotal, dan lebih kurang 7246 aplikasi dikategorikan sebagai berniat jahat dan 2040 lagi dikatakan aplikasi palsu serta berisiko tinggi.

Difahamkan, aplikasi-aplikasi palsu dan berniat jahat ini telah dipadam dari senarai muat turun Google Play Store.

Sumber: ComputerWorld

Berkaitan