Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Jangka Lancar 6G Pada 2030

Kajian Saintis China Mendapati Rangkaian 6G Mungkin Menjadikan Tikus Lebih Bijak

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh ariff bukhari

Sekumpulan saintis di China yang menjalankan kajian ke atas keselamatan teknologi rangkaian generasi baharu atau 6G mendapati, radiasi yang dihasilkan dari gelombang radio terahertz (THz) itu menyebabkan pertumbuhan sel otak pada tikus makmal mereka lebih cepat dari biasa.

Saintis China itu berkata, berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan mereka ke atas tikus makmal itu selepas didedahkan kepada radiasi gelombang THz, sel otak tikus tersebut berkembang sehingga 150%.

Tempoh tikus makmal itu dedahkan kepada radiasi itu adalah selama 3 minit yang berkekuatan serendah 100 mikrowatt pada frekuensi antara 0.3 hingga 3 THz.

Walaupun sel otak tikus itu tumbuh dengan cepat dari biasa tetapi saintis yang menjalankan ujian itu menyatakan tikus makmal itu berada dalam keadaan yang sihat.

Berkaitan

  • "Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G" - Huawei
  • 'Penceraian' Dengan Intel Bawa Sinar Kepada Apple
  • 'Bandwidth' Teknologi PCIe 7.0 Mampu Capai 512 GB/s, Bakal Hadir 2025

Frekuensi gelombang terahertz adalah  jauh lebih tinggi berbanding gelombang milimeter yang digunakan dalam teknologi rangkaian 5G yang dihadkan kelajuan tertingginya pada 20 Gbps.

Penyelidik menyatakan, penemuan dari hasil kajian yang dijalankan itu bukan sahaja diharap dapat membantu industri menilai tahap keselamatan teknologi komunikasi sahaja tetapi juga berupaya membangunkan terapi bagi mengubati penyakit otak.

“Keselamatan protokol radiasi terahertz adalah kebimbangan utama,”  kata Li Xiaoli, Ketua Saintis Makmal Utama Negeri Neurosains Kognitif dan Pembelajaran, University Normal Beijing.

Dalam laporan hasil dari kajian berasingan yang dijalankan oleh seorang professor bernama Liu Jianxin bersama Institut Sains Otak di University Xian Jiaotong, Shaanxi pula mendapati, pendedahan radiasi THz ke atas tikus mungkin akan menjadikan tikus lebih bijak.

Hasil kajian yang dijalankan oleh professor itu menunjukkan, pendedahan radiasi setinggi 90 miliwatt THz selama 20 minit sehari selama tiga minggu telah meningkatkan jumlah sel otak baru dengan ketara pada tikus muda.

Walaubagaimanapun, kesan yang sama tidak berlaku pada tikus yang lebih berusia. Punca mengapa keadaan ini berlaku masih belum diketahui penyelidik tersebut.

Sumber:  South China Morning Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY