Harganya sahaja sudah cukup membuatkan kita berfikir panjang tetapi ia merupakan sekeping kad MikroSD yang berkapasiti tinggi dan difahamkan yang pertama di dunia dengan storan sebesar itu. Kad tersebut disasarkan kepada pengguna telefon pintar Android yang mahukan sokongan memori tambahan dengan kelajuan bacaan pada kadar 100MB/s.
Selain daripada itu, Western Digital juga memperkenalkan beberapa produk lain seperti peranti simpanan data My Cloud Home 2TB sehingga 8 TB. Berikut merupakan harga jualan mengikut kapasiti storan.
- My Cloud Home 2TB (RM739)
- My Cloud Home 3TB (RM839)
- My Cloud Home 4TB (RM1,059)
- My Cloud Home 6TB (RM1,459)
- My Cloud Home 8TB (RM1,799)
Turut sama dilancarkan adalah My Cloud Home Duo yang merupakan gabungan dua cakera keras dikonfigurasikan secara RAID 1.
- My Cloud Home Duo 4TB (RM1,599)
- My Cloud Home Duo 6TB (RM1,999)
- My Cloud Home Duo 8TB (RM2,499)
- My Cloud Home Duo 12TB (RM3,459)
- My Cloud Home Duo 16TB (RM3,999)
- My Cloud Home Duo 20TB (RM4,399)
Bagi pengguna iPhone pula, SanDisk iXpand Base diperkenalkan yang dilengkapi bukan sahaja mampu dijadikan sebagai storan pendua tetapi juga mampu mengecas secara pantas. Ditawarkan dalam 3 pilihan dengan harga seperti berikut
- 64GB (RM369),
- 128GB (RM529),
- 256GB (RM899)
Kesemua produk diatas sudah mula dijual dalam negara tetapi kad MikroSD 400GB hanya dijual bermula Disember hadapan.
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- Samsung Galaxy Note 8 Bakal Mempertaruhkan 8 Ciri Menarik Dalam Sistem Kamera Mereka
- Apple Mampu Bertahan Sehingga 58 Tahun Lagi
- Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini
- Apple Jual Lebih Banyak Jam Tangan Berbanding Tissot, Swatch Dan Lain-Lain
- MaxisOne Home Fibre Mula Tawar Tiga Pelan Baru, 300Mbps, 500Mbps Dan 800Mbps
- India Perkenal Keretapi Dijana Dengan Kuasa Solar
- KLIA Bakal Dilengkapi Dengan Peranti Semakan Status Kawalan Imigresen
- Xiaomi Redmi 9 Rasmi Diumumkan, Helio G80 Dengan Bateri 5,020mAh Sekitar RM721
- Vivo Malaysia Akan Perkenalkan Vivo V19 Pada 23 April Ini
- Selain Mi 11, Xiaomi Turut Umum TV 4K Dan Skuter Edisi Mercedes-AMG Petronas F1 Team