Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image_fx (1)

Jurugambar Kritik Syarikat Pakaian Terkemuka Guna Klon Model AI Untuk Kempen

Diterbitkan April 7, 2025 oleh ariff bukhari

Rangkaian Peruncit Pakaian terkemuka, H&M kini mencipta klon AI untuk 30 model mereka dan akan mula menggunakan imej fesyen yang dijana AI dalam media sosial dan kempen pemasarannya.

Walaupun model akan memiliki hak terhadap klon AI mereka serta menerima bayaran, ramai pihak bimbang tentang kesannya kepada jurugambar, jurusolek dan tenaga kreatif lain.

Klon AI ini dicipta melalui penggambaran model dari pelbagai sudut dan pencahayaan, lalu dimasukkan ke dalam algoritma pembelajaran mesin.

H&M menyatakan klon ini bertindak sebagai pelengkap, bukan pengganti, dan membolehkan model bekerja di dua tempat secara serentak melalui klon mereka.

Namun, ramai menyuarakan bantahan di media sosial dengan menggesa H&M menggunakan manusia sebenar dan menghormati hasil kerja seni.

Salah seorang peminat meluahkan kekecewaannya di laman Instagram H&M terhadap langkah syarikat itu menggunakan model AI dalam kempen iklan mereka.

Beliau dalam komennya menyatakan berasa dikhianati kerana jenama itu memilih imej AI demi keuntungan, sedangkan pengguna sebenar memerlukan pakaian sebenar yang relevan dengan dunia nyata.

https://www.instagram.com/p/DHstznmqYWY/?utm_source=ig_web_copy_link

H&M dilaporkan mengakui penggunaan AI akan mencetuskan perbincangan dan ketidakpastian, dan menyatakan mereka akan terus meneroka potensi AI bersama penggiat industri lain sambil mengekalkan pendekatan berpusatkan manusia.

H&M bukanlah satu-satunya syarikat pakaian yang mula menggunakan model AI dalam kempen pemasaran mereka.

Sebelum ini, jenama lain seperti Mango dan Levi’s juga telah mula menggunakan model AI dalam kempen mereka.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • GXBank Akan Kenakan Yuran Pengeluaran, Penggantian Kad Bermula 17 April
  • Llama 4: AI Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah

Sumber: PetaPixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
©2026 WISER.MY