Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip ARM Malaysia

Peluang Kerjaya Digital Di Malaysia Semakin Meluas, Gaji Kompetitif

Diterbitkan Mac 25, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia menyaksikan permintaan berterusan terhadap bakat berkemahiran tinggi, khususnya bagi peranan seperti jurutera AI, saintis data, arkitek awan, pakar keselamatan siber dan ketua penyampaian digital.

Keperluan ini didorong oleh peralihan industri ke arah automasi, analitik data dan penggunaan teknologi awan secara meluas.

Laporan oleh PIKOM Economic and Digital Job Market Outlook 2025 memperlihatkan perubahan ketara dalam landskap pekerjaan digital di Malaysia, selari dengan pecutan transformasi teknologi negara.

Dari sudut gaji, trend kenaikan adalah jelas dan kompetitif.

“Profesional digital di Malaysia mengalami kenaikan gaji yang sihat secara menyeluruh pada tahun 2025, dengan beberapa kategori pekerjaan dijangka kukuh, dan dalam banyak kes, pertumbuhan gaji dua digit menjelang tahun 2026.”

PIKOM berkata, peranan peringkat senior dan pengurusan mencatat peningkatan sekitar 10 hingga 12 peratus pada tahun 2025, dan momentum ini dijangka berterusan.

Pada masa sama, gaji peringkat kemasukan turut meningkat sekitar 10 peratus, mencerminkan persaingan sengit untuk menarik bakat muda.

Peluang Kerjaya Digital Di Malaysia Semakin Meluas, Gaji Kompetitif
Jadual 1, imbuhan di semua peringkat jawatan dijangka berkembang lebih lanjut. Pola ini menunjukkan Malaysia sedang beralih daripada “kejutan kenaikan gaji” kepada fasa pertumbuhan yang lebih mampan.
Peluang Kerjaya Digital Di Malaysia Semakin Meluas, Gaji Kompetitif
Jadual 2 menyoroti pandangan yang secara amnya positif merentasi kategori pekerjaan. Pola ini menunjukkan bahawa peluang kerjaya digital di Malaysia bukan sahaja tertumpu pada peranan senior, tetapi turut membuka ruang luas untuk graduan dan pekerja muda.

Namun, PIKOM mendapati, jurang gaji kekal ketara apabila profesional senior mampu memperoleh tiga hingga empat kali ganda berbanding pekerja baharu.

Walaupun perkembangan ini positif, pasaran masih berdepan cabaran utama seperti fenomena “brain drain”. Ramai tenaga mahir tempatan berhijrah ke negara seperti Singapura yang menawarkan gaji dan peluang lebih menarik.

Sebagai respons, majikan di Malaysia mula memperkukuh pakej pampasan serta menyediakan laluan kerjaya yang lebih jelas bagi mengekalkan bakat.

Selain itu, kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 turut memberi kesan kepada struktur gaji keseluruhan, mendorong pendekatan pampasan yang lebih progresif.

Sektor teknologi seperti perisian IT, elektrik dan elektronik serta penyumberan luar proses perniagaan (BPO) kekal sebagai peneraju dalam penawaran gaji tinggi, diikuti sektor kewangan, telekomunikasi dan perundingan.

Sokongan dasar kerajaan melalui inisiatif seperti MyDIGITAL, pembangunan rangkaian 5G dan taman pembangunan AI terus memperkukuh ekosistem digital negara.

Secara keseluruhan, PIKOM menyimpulkan bahawa Malaysia berada pada landasan kukuh untuk menjadi hab bakat digital serantau, namun usaha bersepadu antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan amat penting bagi menutup jurang kemahiran dan mengekalkan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pemain Fortnite Merosot, Epic Games Terpaksa Buang Lebih 1,000 Pekerja
  • Gaji Pakar Teknologi Di Malaysia Kini Lebih Tinggi Berbanding Di Jepun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
©2026 WISER.MY