Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jumlah Trafik Data Global Cecah 79 Juta TB

Jumlah Trafik Data Global Cecah 79 Juta TB

Diterbitkan Januari 20, 2026 oleh ariff bukhari

DE-CIX, pengendali internet exchange (IX) terkemuka , melaporkan jumlah trafik data global pada 2025 mencecah 79 eksabait (EB) atau bersamaan 79 juta TB – meningkat 16% berbanding 2024 dan lebih dua kali ganda daripada 2020.

DE-CIX menjelaskan, lonjakan ini didorong oleh beberapa faktor utama termasuklah penstriman acara langsung, penggunaan AI yang semakin meluas, serta berbilion peranti pintar global kini yang saling berhubung.

Asia Tenggara pula muncul sebagai rantau paling pesat berkembang, dengan platform teragih DE-CIX mencatatkan pertumbuhan trafik sebanyak 140% kepada 1.2 EB (1.2 juta TB data).

Malaysia mengekalkan kedudukan stabil sebagai hab kesalinghubungan serantau dengan merekodkan 93 petabait (PB) trafik data yang menyokong keperluan teknologi awan dan AI.

Di Eropah, DE-CIX Frankfurt merekodkan 48 EB, manakala Amerika Utara melonjak kepada 11 EB dengan pertumbuhan pesat di New York, Dallas dan Chicago.

Lokasi baharu seperti Mexico City dan São Paulo turut menyumbang trafik dalam bulan awal operasi.

Hari dengan trafik tertinggi pula berlaku pada 9 Disember 2025 iaitu semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA, dengan kadar pemprosesan global mencapai 26.99 Tbit/s.

Fenomena ini menegaskan betapa berpengaruhnya acara sukan langsung terhadap penggunaan internet dunia.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif DE-CIX, Ivo Ivanov, menekankan keperluan infrastruktur digital yang berdaya tahan, selamat dan berkapasiti tinggi bagi menyokong ekonomi digital global yang semakin matang.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Datuk Bandar London Bimbang AI Cetus ‘Pengangguran Besar-Besaran’ 
  • Kilang Gelap Pemasangan Kereta Dijangka Dioperasikan Robot Humanoid Menjelang 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY