Jumlah Pelanggan Jalur Lebar Unifi Semakin Menurun Tahun Ini

Setakat 30 September 2019, jumlah pelanggan talian tetap jalur lebar Unifi adalah 2.15 juta.


TM dalam laporan operasinya bagi suku ketiga 2019 memaklumkan, jumlah pelanggan Unifi mereka setakat 30 September 2019 adalah berjumlah lebih daripada 2.15 juta pelanggan.

Walaupun dalam laporannya TM menyebut peningkatan sebanyak 55% terhadap langganan talian tetap Unifi setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 48% pada tempoh yang sama tahun lalu.

Tetapi jumlah pelanggan Unifi sebenarnya semakin berkurangan tahun ini berbanding tahun lalu.

Tahun lalu (2018), TM memaklumkan mereka mempunyai pelanggan talian tetap jalur lebar Unifi lebih daripada 2.29 juta pelanggan.

Tetapi dalam laporan operasinya tahun ini, jumlah itu menurun kepada 2.15 juta pelanggan.

Walaubagaimanapun, pihak TM tidak memperincikan jumlah pelanggan mereka yang menaik taraf dari Streamyx kepada pelan Unifi Lite serta pelanggan yang membatalkan langganan servis jalur lebar mereka.

Sungguh pun begitu, pihak TM merumuskan prestasi operasi dan keuntungan mereka masih kekal meningkat hasil pelbagai inisiatif tawaran menarik yang diperkenalkan untuk para pengguna.

Beberapa bulan lalu, TM telah melaksanakan program menaik taraf pelan terhadap pelanggan Streamyx kepada pelan Unifi Lite pada tawaran harga yang jauh lebih murah iaitu hanya RM69/bulan.

"Overall, in 3Q 2019 we saw continued improvements in our fundamentals. I'm pleased to report that our cost management initiatives under our performance improvement plan carried out since last year continues to yield results with profitability improvement." Dato' Noor Kamarul Anuar Nuruddin, CEO TM.