Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JuiceUP #1 The Official Launch of JuiceUP Open Payment System Solution

JuiceUP Umum Sistem Pembayaran Terbuka Pengecasan EV Pertama Seumpamanya Di Malaysia

Diterbitkan Julai 22, 2024 oleh ariff bukhari

JuiceUP, penyelesaian awan pengurusan pengecasan EV hujung-ke-hujung bersepadu dengan keupayaan pembayaran tanpa sentuh, hari ini mengumumkan sistem penyelesaian pembayaran terbuka yang pertama seumpamanya di negara ini.

Bagi memajukan kebolehcapaian dan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara, pelancaran itu turut mendedahkan perkongsian strategik dengan peneraju industri dalam penyelesaian EV, kewangan dan pembayaran.

Sistem penyelesaian pembayaran terbuka JuiceUP menawarkan penyelesaian  yang menyokong pelbagai kaedah pembayaran yang diterima secara meluas, membolehkan pengguna membayar dan mengecas EV mereka dengan mudah di mana-mana rangkaian kemudahan pengecasan  utama tanpa memerlukan aplikasi atau langganan tertentu.

JuiceUP #2 Tap & Juice Up
Antara rakan-rakan industri yang menyokong JuiceUP termasuk Visa, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat, PaidChain, CUCUK, JusEV, TNB Electron, EVPower, Gading Kencana, Malakoff, TELD, VSD Automation, Sinexcel, Reactive Energy dan My Evolution.

JuiceUP berkata, mereka bersedia untuk meningkatkan penyelesaian pembayaran EV  ditambah dengan Sistem Pengurusan Chargepoint (CPMS) yang mantap di seluruh negara.

“EV semakin popular di Malaysia, dan pemandu memerlukan pilihan pengecasan dan pembayaran yang cepat dan mudah. Kami teruja untuk bekerjasama dengan JuiceUP untuk meningkatkan pengalaman pembayaran bagi pemandu EV di Malaysia, sejajar dengan misi kami untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling boleh dipercayai dan selamat.”  Brandon Louie, Ketua Jualan & Pemerolehan , Serantau Visa SEA.

Berkaitan

  • Bayaran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5% Bermula Ogos Ini
  • Bantu KPDN Tangani Kenaikan Harga Barang Melalui Aplikasi 'Price Catcher'

Sumber: Siaran media JuiceUP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY