Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei

Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei

Diterbitkan Mac 10, 2024 · Dikemas kini Mac 11, 2024 oleh ariff bukhari

Jualan iPhone dalam ekonomi kedua terbesar dunia, yang penting kepada pendapatan globalnya didapati merosot sebanyak 24% dalam enam minggu pertama 2024, menurut laporan baharu daripada Counterpoint Research.

Tetapi dalam tempoh yang sama, gergasi teknologi China Huawei menyaksikan lonjakan jualannya sehingga 64%.

“Apple menghadapi saingan sengit di peringkat tinggi daripada Huawei yang bangkit semula sementara mendapat tekanan di tengah-tengah pada harga agresif daripada OPPO, vivo dan Xiaomi,” kata Penganalisis Kanan Counterpoint, Mengmeng Zhang.

Beliau menambah, “Walaupun iPhone 15 adalah peranti yang hebat, ia tidak mempunyai peningkatan ketara daripada versi sebelumnya, jadi pengguna berasa selesa memegang iPhone generasi lama buat masa ini.”

Huawei pula sebaliknya didapati, terus berjaya menarik dan memenuhi permintaan kukuh menerusi siri Mate 60 mereka.

Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei

Sejak musim panas lalu, Huawei telah mendapat manfaat daripada keluaran siri telefon Mate 60 mereka selepas bergelut untuk mendapatkan alat ganti selama beberapa bulan akibat sekatan Barat.

Telefon baharu itu menampilkan 47% bahagian buatan China, 18 mata peratusan lebih tinggi daripada model sebelumnya, malah dikuasakan oleh cip buatan China.

Berkaitan

  • Sebab Mengapa Kirin 9000S Buat Amerika Syarikat "Tidak Senang Duduk"
  • Keupayaan Sistem Satelit BeiDou Kini Dapat Digunakan Huawei Mate 60 Pro
  • 47% Komponen Dalam Huawei Mate 60 Pro Kini Dari China

Sumber: Counterpoint Research, Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY