Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1

Jom Serbu “VIU Together Gather” Di Pavillion Kuala Lumpur Dengan Telefon Pintar Vivo V27 Yang Terbaru

Diterbitkan April 7, 2023 · Dikemas kini April 10, 2023 oleh Helmi Samsuri

Vivo akan bekerjasama dengan VIU dalam menganjurkan acara “VIU Together Gather” di Pavilion Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 April 2023 dari jam 8.00 malam hingga lewat malam.

Acara ini akan menampilkan beberapa persembahan daripada selebriti terkenal tempatan termasuklah Masdo, Fimie Don dan Amir Masdi. Selain itu, ramai lagi selebriti terkenal seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Alvin Chong, Tony Eusoff dan ramai lagi akan turut hadir.

Selain menampilkan persembahan yang menarik, vivo juga akan memberikan peluang kepada tetamu untuk mencuba telefon pintar terbaru mereka – vivo V27 yang dilengkapi Aura Potret, teknologi yang boleh mengubah warna.

Vivo komited untuk mengembangkan teknologi terkini yang dapat meningkatkan kualiti hidup pengguna-penggunanya. Ini selaras dengan VIU yang juga mengutamakan pengalaman hiburan berkualiti tinggi untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • vivo V27e Rasmi: Pengecasan 66W Pada Harga RM1299
  • Viu Premium Tersedia Percuma Di Astro Ultra Box Selama 3 Bulan
  • vivo v27 Tersedia Di Malaysia Bermula RM1,799 - 50MP, Panel Belakang Mampu Berubah Warna

Bagi sesiapa yang mempunyai kelapangan pada tarikh yang disebutkan, jangan lepaskan peluang untuk datang dan menyertai acara “VIU Together Gather” pada Sabtu ini di Pavilion Kuala Lumpur.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY