Kedua-dua telefon pintar itu boleh diperolehi dengan memilih rebat RM180 atau subsidi peranti RM300 melalui Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle untuk pelanggan prabayar dan Digi Prihatin 40 Postpaid Bundle untuk pelan pascabayar.
Melalui Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle, pelanggan prabayar Digi yang layak dapat menikmati subsidi RM300 membolehkan mereka mendapatkan telefon pintar Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA tanpa komitmen kontrak.
Dengan bayaran RM100, bundle in didatangi dengan akses internet berkelajuan tinggi 30GB selama tiga bulan dan panggilan tanpa had setiap bulan. Pelanggan juga akan menikmati data percuma 2GB setiap hari selama satu tahun.
Bagi Digi Prihatin 40 Postpaid Bundle pula, pelanggan Digi yang layak dapat menikmati subsidi RM300 dan boleh mendapatkan peranti Xiaomi Redmi 9A secara PERCUMA sekiranya mereka melanggan Prihatin 40 Postpaid Bundle dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A12 pula, mereka perlu membayar sejumlah RM305 (RM205 untuk peranti dan RM100 untuk pelan).
Bayaran pendahuluan sebanyak RM100 yang dibuat itu akan dikembalikan kepada pelanggan melalui rebat RM10 pada bil bulanan selama 10 bulan di mana mereka hanya perlu membayar RM30 sebulan sahaja.
Melalui langganan pelan pascabayar itu juga mereka akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi 10GB dan panggilan tanpa had setiap bulan serta 2G data harian percuma selama setahun.
Cuma di bawah pakej tawaran ini, pelanggan akan terikat dengan kontrak selama setahun.
Untuk info lanjut mengenai inisiatif tambahan Jaringan PRIHATIN yang ditawarkan oleh Digi ini, sila layari https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.
Sumber: Digi
Baca juga: Samsung A12 Dan A02s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM529
Berkaitan
- Hasil Kajian ID Digital Nasional Dijangka Siap Pada 30 Jun 2020
- TM Raih Anugerah Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur Digital Paling Inovatif Di Global Business Outlook Awards 2021
- CelcomDigi Tawar Telefon Dan Internet 5G Percuma Bagi Pelan Prabayar Dan Pascabayar
- Digi Menaik Taraf Kapasiti Di Kawasan Trafik Tinggi Serta Menambah Baik Liputan Semasa PKP Menyeluruh
- Maxis Dan Malaysia Airports Bekerjasama Menjadikan KLIA Lapangan Terbang Digital 5G Pertama Di Malaysia
- Lelaki Ini Menghasilkan Karya Lukisan Digital Menggunakan Microsoft Excel
- Purata Kelajuan Muat Turun Digi 5G Adalah 18.7 Kali Lebih Pantas - OpenSignal
- Western Digital Hadir Dengan Storan HDD Pertama Menggunakan Teknologi EAMR
- Western Digital Perlihatkan Prototaip Storan SSD Mudah Alih Berkapasiti 8TB
- 10 Kerjaya Digital Terhangat Di Malaysia Ketika Ini