Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Announcement Video

Jom Raikan Kempen “Free Fire Untuk Semua” Bersama Zizan Razak

Diterbitkan April 18, 2022 · Dikemas kini April 18, 2022 oleh ariff bukhari

Permainan mudah alih terkenal antarabangsa Garena Free Fire hari ini, 18 April 2022 mengumumkan sekali lagi bekerjasama dengan selebriti tempatan terkenal Zizan Razak sebagai duta dalam sebahagian daripada kempen terbaru mereka iaitu “Free Fire Untuk Semua”, bertujuan untuk memupuk komuniti setempat yang menyokong semua pemain Free Fire di Malaysia.

Kerjasama ini juga serentak dengan acara Ramadhan Free Fire, yang berlangsung kini hingga 8 Mei 2022.

Mengiringi acara ini ialah satu siri strim siaran langsung “Berbuka Puasa’ yang berlangsung pada masa yang sama dari 18 hingga – 23 April, di mana komuniti Free Fire dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama sambil menikmati beberapa pusingan perlawanan bilik tersuai.

Barisan aktiviti Ramadhan akan dimulakan dengan drop selepas perlawanan “Kumpul Kurma”, acara masa terhad yang akan berlangsung dari 7 malam hingga 7 pagi setiap hari, semasa tempoh berbuka puasa.

Berbuka Puasa Stream Overview

 

Sepanjang acara itu, Survivors juga boleh mengumpul sampul “Duit Raya”, yang boleh ditebus untuk barangan bertema Ramadhan seperti skin pet Blooming Falco, serta pet  Falco itu sendiri!

Free Fire memaklumkan, terdapat 2 tarikh penting dalam acara mereka tahun ini di mana Survivors dan peminat boleh menantikan peluang untuk bermain Free Fire bersama Zizan pada 23 April, pada jam 6.00PM.

Strim tersebut akan menampilkan tips gaya permainan, pelbagai permainan, dan juga hadiah termasuk poskad yang ditandatangani oleh Zizan Razak sendiri!

Strim seterusnya dijadualkan akan berlangsung pada Hari Raya iaitu pada 3 Mei.

Jom Raikan Kempen “Free Fire Untuk Semua” Bersama Zizan Razak

Pada Hari Raya Galore 23 April dan Hari Raya pada 3 Mei itu juga, Survivors akan diberikan pelbagai bonus log masuk dan misi di mana mereka akan dapat mengumpul lebih banyak hadiah bertema seperti koleksi-koleksi unik dan emote yang hanya akan tersedia pada dua hari yang sangat istimewa tersebut.

Magic Cube yang jarang ditemui juga akan tersedia secara eksklusif pada Hari Raya.

Sumber: Media Free Fire

Baca juga:

  • Hebat, Tonton Filem Pendek Free Fire Karya Sofyank Dan Asyraf Rozami
  • Free Fire Max Kini Tersedia – Grafik Lebih Baik Dan Boleh Buat Peta Sendiri
  • Free Fire Menang ‘Esports Mobile Game of the Year’, Tewaskan PUBG Mobile, Mobile Legends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY