Hebat, Tonton Filem Pendek Free Fire Karya Sofyank Dan Asyraf Rozami

Baru-baru ini, permainan yang baru sahaja memenangi 'eSports Mobile Game of The Year' - Free Fire telah berkolaborasi bersama penyunting muda terkenal Sofyank96 dan pempengaruh Instagram Asyraf Rozami dalam menghasilkan filem pendek aksi nyata bersempena "Booyah Day".

Dalam filem pendek tersebut, ia memaparkan suntingan yang mengagumkan. Berdasarkan ciapan daripada Sofyank, beliau menyatakan karya tersebut paling susah yang pernah dihasilkan bagi tahun ini. Malah, penggambaran memerlukan tiga hari dan suntingan pula selama satu bulan dan 15 hari.

Malaysia sebenarnya mempunyai banyak anak muda berbakat dalam menghasilkan kandungan video baik terutama dari segi kesan khas. Dengan tenaga yang mungkin tidak begitu ramai dan bajet juga mungkin tidak berapa besar pun mampu memberikan hasil yang baik.

https://www.youtube.com/watch?v=z_dfMvHF780

Sekiranya kita betul-betul serius, tidak mustahil industri perfileman tanah air satu hari nanti akan setaraf dengan negara-negara lain.

Buat makluman, ada lagi beberapa anak tempatan yang sudah mencipta nama di persada antarabangsa. Sebagai contoh, Wan Hazmer pernah bekerja dengan syarikat gergasi permainan video Square Enix.

Antara kerja-kerja yang pernah dihasilkannya adalah Final Fantasy Type-0, Final Fantasy Type-0 HD, Final Fantasy XV dan Monster of the Deep: Final Fantasy XV.



Beliau juga sudah mempunyai syarikat sendiri yang dinamakan Metronomik di mana permainan No Straight Roads tercipta. Menarik lagi, permainan yang ditawarkan untuk platform PS4, PC, Nintendo Switch dan Xbox One itu menerima sambutan positif dari seluruh dunia.

Oleh yang demikian, negara kita harus membuka mata dan memberi peluang kepada anak muda tempatan dalam mempamerkan bakat-bakat mereka. Jika tidak, Malaysia tidak akan ke mana.

Baca juga: