Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2018 · Dikemas kini Oktober 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Cip pemprosesan Hisilicon Kirin 980 sedia dilancarkan pada 31 Ogos lalu dengan membawakan gelaran sebagai cip 7nm pertama didunia.

Kirin 980 membuat penampilan pertama dipasaran menerusi model siri Mate 20 yang telah dilancarkan hari ini.

Pada pertengahan September yang lalu, kami diberi peluang melihat secara dekat keupayaan cip terbabit.

Sekiranya anda bercadang untuk memiliki salah satu model dalam siri Mate 20, jom kita kenali serba sedikit prestasi cip yang dipanggil sebagai “Most Powerful and Intelligent, Ever..”

1. SoC 7nm pertama didunia

Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas, Kirin 980 membawakan ciri yang pertama pada beberapa fungsi seperti dibina berasaskan proses 7nm.

Proses pembangunan 7nm telahpun dimulakan sejak 2015 lagi.  Apa yang membezakan antara 7nm dan 10nm adalah ia memberikan…

  • 20% peningkatan kelajuan,
  • 40% peningkatan kepada kecekapan kuasa,
  • 1.6X kepadatan logik.

Jika dibandingkan dengan cip Kirin 970, cip baru ini menjanjikan 75% peningkatan prestasi dan 58% kecekapan kuasa.

Screen Shot 2018-10-15 at 2.36.21 PM

Screen Shot 2018-10-15 at 2.41.01 PM
Peningkatan prestasi GPU dengan Kirin 970 menerusi Mali G-76

Mungkin ada yang tertanya bagaimana pula kedudukan Snapdragon 845 jika diletakkan bersebelahan Kirin 980?

Berdasarkan keputusan ujian yang dikongsikan, Kirin 980 berjaya memintas Snapdragon 845 dari segi penawaran bandwith, dan lebih rendah latensi.

Screen Shot 2018-10-15 at 2.43.08 PM

Kirin 980 dilihat lebih pantas bertindak dalam ujian buka aplikasi.

Tidak cukup dengan itu, bagi anda yang menggemari permainan mudah alih pastinya mahukan pengalaman permainan yang baik.

Screen Shot 2018-10-15 at 2.45.52 PM

Kirin 980 dilihat mampu memberi kepuasan kerana perbandingan prestasi permainan, cip ini berjaya mengekalkan hingga 60 fps sementara Snapdragon 845 hanya sekitar 47fps.

Bagi permainan didalam pengangkutan awam, Kirin 980 dilaporkan menyediakan penstriman data 10x lebih lancar berbanding cip pesaing lain.

Screen Shot 2018-10-15 at 2.46.03 PM

 

Tumpuan juga harus diberikan pada sistem kamera dengan pengguna Dual ISP (Image Signal Processor)

Screen Shot 2018-10-15 at 2.47.00 PM

Screen Shot 2018-10-15 at 2.47.13 PM

 

Huawei ada menyatakan Kirin 980 mampu mengenalpasti imej 3 kali lebih pantas, iaitu lebih kurang 4500 imej dalam satu minit, berbanding Snapdragon 845 dengan 2371 imej, dan A11 Bionic dengan 1458 imej.

Selain daripada itu, teknologi AI memberikan keupayaan mengenalpasti pergerakan anggota badan dan ia mampu berfungsi pada kamera hadapan dan belakang.

Screen Shot 2018-10-15 at 3.02.19 PMJom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

Menariknya lagi, ia dapat mengesan pergerakan lebih daripada seorang secara masa sebenar.

Cip ini turut mampu memberikan kedudukan 10x lebih tepat dengan dwi frekuensi L5+L1.

Screen Shot 2018-10-15 at 3.11.47 PM

Itulah pembaharuan yang dibawa pada Kirin 980 berdasarkan hasil ujian yang dikongsikan kepada kami. Namun begitu, kita perlu menunggu peranti sebenar (siri Mate 20) untuk membuktikan prestasi sebenar Kirin 980.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY