Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
germany data center

Jerman Sasar Gandakan Kapasiti Pusat Data Menjelang 2030

Diterbitkan Mac 19, 2026 · Dikemas kini Mac 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Jerman mengumumkan sasaran untuk menggandakan kapasiti pusat data negara itu menjelang 2030, dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka dalam perlumbaan teknologi global, khususnya kecerdasan buatan (AI).

Menurut Menteri Digital Jerman, Karsten Wildberger, kapasiti pusat data akan ditingkatkan sekurang-kurangnya dua kali ganda, manakala keupayaan AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi pula disasar meningkat sehingga empat kali ganda.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan kapasiti ini penting bagi memastikan Jerman tidak ketinggalan dalam persaingan global AI.

Langkah ini juga dilihat sebagai sebahagian usaha Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat, di samping memperkukuh apa yang dikenali sebagai “kedaulatan digital”.

Namun begitu, pakar menyatakan bahawa pembinaan lebih banyak pusat data sahaja tidak mencukupi. Profesor sains komputer dari Universiti Wuerzburg, Harald Wehnes, berkata isu sebenar adalah kawalan terhadap data dan undang-undang yang terpakai.

Sebagai contoh, pusat data milik syarikat seperti Google atau Amazon Web Services di Jerman masih tertakluk kepada undang-undang Amerika Syarikat.

Dalam masa sama, kerajaan Jerman turut merancang untuk mempercepatkan proses kelulusan projek serta menyediakan bekalan tenaga pada kos lebih rendah bagi menyokong pembangunan infrastruktur ini.

Menurut Menteri Ekonomi dan Tenaga, Katherina Reiche, strategi ini bukan sahaja melibatkan dasar digital, tetapi juga merangkumi aspek industri, tenaga dan infrastruktur negara. – AFP

Foto utama: data center group

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Nvidia Bangunkan Modul AI Untuk Pusat Data Angkasa Lepas
  • Kioxia Perkenal SSD Baharu Khusus Untuk Tingkat Prestasi GPU Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY