Malaysia hanya membuat satu permintaan sahaja.
Apple Inc. pada minggu lalu telah mengeluarkan laporan ketelusan berkenaan permintaan data pengguna dari pihak kerajaan dan pihak persendirian.
Dalam laporan yang bertajuk "Apple Transparency Report: Government and Private Party Requests" itu mendedahkan, Kerajaan Jerman sekali lagi menjadi negara yang paling banyak meminta data pengguna dari pihak Apple.
Menurut Apple, Kerajaan Jerman telah membuat sebanyak 13,558 permintaan data rakyat mereka yang menggunakan peranti Apple. Daripada jumlah itu, hanya 81% data pengguna sahaja yang Apple berikan kepada Kerajaan Jerman.
Negara kedua yang paling banyak meminta data pengguna dari Apple pula adalah Amerika Syarikat di mana sebanyak 4,796 permintaan telah dibuat Kerajaan A.S terhadap Apple.
Daripada jumlah itu, sebanyak 84% data pengguna Apple telah diberikan kepada Kerajaan A.S.
Malaysia juga turut tersenarai dalam laporan ketelusan data Apple itu. Menurut Apple, hanya 1 permintaan data pengguna sahaja yang diterima mereka dari Kerajaan Malaysia.
Permintaan data pengguna terhadap pengguna peranti Apple ini dibuat atas beberapa sebab termasuklah kes kecurian dan kehilangan peranti, penyiasatan terhadap kes penipuan serta data pengguna yang berkaitan dengan servis yang disediakan oleh pihak Apple.
Sebagai contoh, sebanyak 6,480 data pengguna iCloud dan iTunes telah diberikan Apple daripada permintaan yang diterima mereka. Lebih 50% daripada permintaan itu datangnya dari Kerajaan A.S.
Berkaitan
- Xiaomi Dijangka Akan Memperkenalkan Jam Pintar Terbaru Yang Menyerupai Apple Watch Minggu Hadapan
- Consumer Reports Memilih Fon Telinga Samsung Galaxy Buds Berbanding Apple Airpods Pro
- Apple Tidak Membenarkan Watak Penjahat Dalam Filem Menggunakan iPhone
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS Dan iPadOS Versi 14.7.1
- Tanpa Amaran, Apple Sekat Aplikasi Sosial Paling Popular Dari Rusia Di App Store
- Apple Didakwa Memperlahankan Prestasi iPhone Menerusi Kemas Kini 14.5.1
- Apple Mahu Pengguna Menggantikan Bateri iPhone Hanya Dengan Mereka Sahaja
- 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
- Apple Mematikan Ciri 'Walkie Talkie' Pada Apple Watch Buat Masa Ini
- Kerana Mendedahkan Kandungan Privasi, Apple Terpaksa Membayar Jutaan Dolar Kepada Seorang Pemilik iPhone Berumur 21 Tahun