Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple a14

Jerman Adalah Negara Yang Paling Banyak Meminta Data Pengguna Dari Apple

Diterbitkan Januari 20, 2020 oleh ariff bukhari

Malaysia hanya membuat satu permintaan sahaja.

Apple Inc. pada minggu lalu telah mengeluarkan laporan ketelusan berkenaan permintaan data pengguna dari pihak kerajaan dan pihak persendirian.

Dalam laporan yang bertajuk “Apple Transparency Report: Government and Private Party Requests” itu mendedahkan, Kerajaan Jerman sekali lagi menjadi negara yang paling banyak meminta data pengguna dari pihak Apple.

Menurut Apple, Kerajaan Jerman telah membuat sebanyak 13,558 permintaan data rakyat mereka yang menggunakan peranti Apple. Daripada jumlah itu, hanya 81% data pengguna sahaja yang Apple berikan kepada Kerajaan Jerman.

Negara kedua yang paling banyak meminta data pengguna dari Apple pula adalah Amerika Syarikat di mana sebanyak 4,796 permintaan telah dibuat Kerajaan A.S terhadap Apple.

Daripada jumlah itu, sebanyak 84% data pengguna Apple telah diberikan kepada Kerajaan A.S.

Malaysia juga turut tersenarai dalam laporan ketelusan data Apple itu. Menurut Apple, hanya 1 permintaan data pengguna sahaja yang diterima mereka dari Kerajaan Malaysia.

apple data transparency
Data ini adalah dari 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019. Sumber: Apple

Permintaan data pengguna terhadap pengguna peranti Apple ini dibuat atas beberapa sebab termasuklah kes kecurian dan kehilangan peranti, penyiasatan terhadap kes penipuan serta data pengguna yang berkaitan dengan servis yang disediakan oleh pihak Apple.

Sebagai contoh, sebanyak 6,480 data pengguna iCloud dan iTunes telah diberikan Apple daripada permintaan yang diterima mereka. Lebih 50% daripada permintaan itu datangnya dari Kerajaan A.S.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY