Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Uji Pancar 5G Dari Langit Guna Pesawat Ringan Terus Ke Telefon

Jepun Uji Pancar 5G Dari Langit Guna Pesawat Ringan Terus Ke Telefon

Diterbitkan September 23, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat konglomerat multinasional Jepun, SoftBank Corp. telah berjaya menjalankan ujian lapangan penghantaran 5G terus ke telefon pintar biasa menggunakan stesen pangkalan udara yang terbang 3,000 meter di atas Pulau Hachijō, Jepun.

Ujian ini mensimulasikan penggunaan High-Altitude Platform Stations (HAPS) yang beroperasi di stratosfera, sekitar 20 km dari permukaan bumi.

Hasilnya, kelajuan muat turun purata yang dicapai diukur menggunakan peranti mudah alih adalah sekitar 33 Mbps di lokasi 15 km dari pusat laluan berpusing pesawat ringan itu.

Jepun Uji Pancar 5G Dari Langit Guna Pesawat Ringan Terus Ke Telefon
Jepun Uji Pancar 5G Dari Langit Guna Pesawat Ringan Terus Ke Telefon

Sistem ini menggunakan sambungan 26 GHz dari darat ke pesawat (feeder link) dan 1.7 GHz dari pesawat ke pengguna (service link), yang serasi dengan kebanyakan telefon 5G global.

Payload pesawat dilengkapi teknologi beamforming enam sel yang kekal stabil walaupun pesawat berputar dalam corak bulatan.

Jepun Uji Pancar 5G Dari Langit Guna Pesawat Ringan Terus Ke Telefon

Berbeza dengan sistem satelit orbit rendah, HAPS menawarkan latensi lebih rendah, kurang gangguan Doppler, dan penggunaan spektrum lebih efisien.

SoftBank turut menguji pembetulan Doppler, kawalan kuasa automatik, dan penjejakan pancaran adaptif.

Dengan sokongan untuk jalur mudah alih daratan seperti 700 MHz dan 2.5 GHz, teknologi ini berpotensi membawa liputan 5G ke kawasan terpencil, zon bencana, dan perairan luar pesisir.

SoftBank berkata, mereka akan memanfaatkan hasil dan pengetahuan yang diperoleh daripada ujian lapangan ini untuk meningkatkan lagi muatan, dengan tujuan mencapai kapasiti yang lebih tinggi dan melaksanakan muatan dalam perkhidmatan komersial HAPS.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat
  • Ini Cara Paling Mudah Untuk 'Unsubscribe' Emel Di Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY