Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Dijangka Guna Tenaga Nuklear Dalam Tempoh Lima Tahun

Jepun Tarik Diri Dari Projek Loji Nuklear Vietnam

Diterbitkan Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

Vietnam kini berdepan cabaran besar dalam memastikan bekalan tenaga mencukupi bagi memenuhi permintaan dalam negaranya apabila projek loji nuklear Ninh Thuan 2 yang sepatutnya dilaksanakan dengan kerjasama Jepun telah terbatal.

Ia selepas Jepun mengumumkan menarik diri daripada projek itu kerana jadual yang terlalu ketat.

Loji ini dirancang berkapasiti antara 2 hingga 3.2 gigawatt dan dijangka beroperasi menjelang 2035.

Keputusan Jepun itu menambah lagi tekanan kepada strategi tenaga Vietnam, yang sebelum ini sudah bergelut dengan gangguan bekalan akibat cuaca ekstrem seperti kemarau dan taufan.

Selain itu, hubungan diplomatik antara Hanoi dan Tokyo turut terjejas berikutan rancangan larangan motosikal petrol di Hanoi yang menimbulkan kebimbangan syarikat Honda.

Walaupun Jepun menarik diri, beberapa negara lain termasuk Rusia, Perancis, Korea Selatan dan Amerika Syarikat menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek tenaga nuklear Vietnam.

Jepun pula masih membuka kemungkinan untuk menyertai semula pada masa depan melalui teknologi reaktor modular kecil. – Reuters.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Jepun Luluskan Loji Nuklear Terbesar Dunia Dihidupkan Semula
  • UUM Bina Menara Telekomunikasi Biochar Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY