Jepun Jangka Lancar 6G Pada 2030

Penawaran 5G diseluruh dunia kini giat dijalankan, lebih-lebih di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Di Jepun, pengkomersialan perkhidmatan 5G sedikit perlahan berbanding dua negara tersebut. Namun mereka kini sudah bersedia untuk membincangkan generasi rangkaian yang seterusnya iaitu 6G.

Menurut laporan Japan Times, kerajaan Jepun bakal mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut penghujung bulan ini. Antara yang akan dibincangkan adalah mengenai pembangunan teknologi, polisi dan kaedah pelaksanaan.

Perbincangan tersebut bakal melibatkan wakil-wakil daripada sektor swasta dan penyelidik. Rangkaian 6G dijangka hadir diperkenalkan di Jepun sekitar 10 tahun lagi iaitu 2030.

Selain Jepun, China juga sudah mengatur langkah dalam pembangunan rangkaian generasi keenam itu. Syarikat teknologi gergasi seperti Huawei dan Samsung turut dilaporkan sudah memulakan penyelidikan 6G.

Dalam pada itu, laporan akhir pelaksanaan 5G di Malaysia telah diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Sumber: Japan Times