Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilapor Sudah Memulakan Penyelidikan Rangkaian 6G

Huawei Dilapor Sudah Memulakan Penyelidikan Rangkaian 6G

Diterbitkan Ogos 15, 2019 ยท Dikemas kini Ogos 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Semua sudah maklum rangkaian generasi ke-5 sudah mula dijalankan di beberapa buah negara maju seperti Korea Selatan dan lain lain. Walaupun penawarannya 5G belum menyeluruh dan masih ada ruang untuk penambahbaikan, kini terdapat laporan menyatakan Huawei sudah mula melakukan penyelidikan mengenai 6G.

Kajian tersebut dijalankan Huawei di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan mereka yang terletak di Ottawa, Kanada. Difahamkan perancangan 6G Huawei mungkin tersedia secara komersial selepas 2030.

Gergasi teknologi dari China itu juga telah menjalinkan kerjasama dengan 13 universiti serta institusi penyelidikan lain bagi membangunkan teknologi terbaru itu.

Terdahulu, Samsung juga dilapor sudah memulakan penyelidikan awal berkaitan dengan rangkaian 6G melalui Samsung Research yang juga bertanggungjawab mengendalikan Penyelidikan dan Pembangunan kecerdasan buatan serta robotik.

Ia merupakan perkara biasa bagi sesuatu teknologi baru melalui fasa penyelidikan dan pembangunan bertahun lebih awal, seperti Huawei yang mula melabur $600 juta dalam pembangunan teknologi dan piawaian 5G pada 2009.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY