Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Cipta ‘Peti Sejuk Manusia’ Berharga ~RM44,000 Lawan Strok Haba

Jepun Cipta ‘Peti Sejuk Manusia’ Berharga ~RM44,000 Lawan Strok Haba

Diterbitkan Julai 29, 2026 · Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Bayangkan ketika cuaca panas terik menyengat, anda melangkah masuk ke dalam satu peti sejuk yang khas untuk tubuh anda sahaja.

Inilah jawapan kreatif dari Jepun dalam usaha menangani gelombang haba musim panas yang kian ekstrem apabila sebuah syarikat bernama Trusco telah memperkenalkan Do Hiemon Box — sebuah “peti sejuk manusia” khas yang diinspirasikan daripada rekaan mesin minuman layan diri (vending machine).

Jepun Cipta ‘Peti Sejuk Manusia’ Berharga ~RM44,000 Lawan Strok Haba

Di dalam peti unik berasaskan roda ini, suhunya kekal selesa pada 15°C.

Apabila anda duduk di kerusi terbinanya, mesin ini akan menghembuskan angin sejuk sekitar 5°C yang akan terus meredakan kehangatan di bahagian kepala, leher, bahu, dan belakang badan.

Hanya dalam masa 5 hingga 10 minit, kelesuan akibat haba panas dapat dihilangkan.

Jepun Cipta ‘Peti Sejuk Manusia’ Berharga ~RM44,000 Lawan Strok Haba

Antara ciri canggih peti sejuk manusia ini termasuklah:

  • Jimat tenaga: Guna separuh tenaga berbanding pendingin air mudah alih biasa.

  • Ciri keselamatan: Padam automatik selepas 20 minit bagi mengelakkan kejutan sejuk.

  • Mudah alih: Boleh dialihkan ke mana-mana, sama ada tapak pembinaan, kilang, mahupun acara luar.

Dijual pada harga 1.5 juta yen (sekitar RM44,000+), inovasi ini kini menyasarkan sektor korporat untuk menjaga kebajikan pekerja.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • El Nino Yang Dijangka Terburuk Dalam Sejarah Sudah Bermula
  • Pelajar Belanda Bangunkan Ambulans Berkuasa Solar Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY