Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jenama TV Ke-3 Terbesar Dunia Didakwa Mengandungi Perisian Hasad

Jenama TV Ke-3 Terbesar Dunia Didakwa Mengandungi Perisian Hasad

Diterbitkan November 14, 2020 oleh ariff bukhari

2 Orang penyelidik keselamatan yang seorang menggunakan kod nama Sick Codes dan seorang lagi bernama John Jackson mendakwa telah menemui kod perisian hasad di dalam model televisyen pintar (smart TV) dari pengeluar TV ketiga terbesar di dunia.

Jenama tv yang dimaksudkan itu adalah TV pintar Android keluaran TCL.

Penyelidik mendakwa, terdapat kecacatan kritikal pada ciri keselamatan tv pintar tersebut sehinggakan mereka percaya ia mungkin direka sedemikian bagi tujuan pengintipan ke atas penggunanya di seluruh dunia.

“I can wholeheartedly say that there were multiple moments that I, and another security researcher that I met along the way, couldn’t believe what was happening. It’s a Chinese backdoor.” Sick Codes.

Beliau menambah, “This is a full on back door. If they want to, they could switch the TV on or off, turn the camera and mic on or off. They have full access.”

Susulan penemuan itu, Sick Code telah cuba menghubungi TCL bagi memaklumkan perkara ini. Tetapi respon yang diterima mengecewakan.

“I called TCL and talked to a support representative. I urged her that we had a serious vulnerability on our hands and she stated that she had no contact info to the Security team, and didn’t even think/know if TCL had a Security team.” Sick Code.

Penyelidik menjelaskan setakat ini, hanya model TV Android TCL sahaja yang terkesan dengan isu ini. Tetapi tidak terkesan pada set tv TCL yang menggunakan perisian Roku.

Sumber: Toms Guide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY