Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip pemprosesan

Jenama Telefon China Ini Juga Mahu Bangunkan Cip 5G Sendiri

Diterbitkan April 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, dua syarikat pengeluar cip pemprosesan terbesar dunia untuk telefon pintar adalah Qualcomm dan MediaTek.

Terbaru, Digitimes melaporkan bahawa terdapat jenama telefon pintar yang mahu membangunkan cip pemprosesan 5G mereka yang tersendiri.

Dua syarikat tersebut, Xiaomi dan OPPO bertindak sedemikian kerana melihat situasi semasa, bekalan cip untuk telefon amatlah terhad dan mereka turut terjejas.

Oleh itu, mereka merancang untuk memperkenalkan cip 5G sub 6GHz sekitar penghujung tahun ini atau seawal tahun 2022.

Sebenarnya, inisiatif ini bukanlah baru bagi syarikat besar di China kerana sebelum ini OPPO juga dikhabarkan untuk menghasilkan cip tersendiri menerusi rancangan “Mariana Plan”.

Tambahan lagi, Xiaomi juga telah merasmikan cip tersendiri yang mengkhususkan teknologi kamera melalui Surge C1. Walaupun ia bukanlah cip pemprosesan, mungkin suatu hari nanti cip S1 baharu boleh diperkenalkan kelak.

Sumber: Digitimes via android authority

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY