Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lesen memandu_a

Jangan Terpedaya Iklan ‘Lesen Terbang’ Di Media Sosial – JPJ

Diterbitkan November 24, 2023 · Dikemas kini November 24, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengesan akaun media sosial di laman Facebook, Telegram dan lain-lain mengenai sindiket penipuan atau scammer yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu murah dan mudah, tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Berkaitan

  • Hanya Satu Ujian Teori Untuk Lesen Memandu Kereta, Motosikal
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Jelas JPJ, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket itu untuk mempromosikan iklan ‘lesen terbang’ di platform media sosial. Antaranya termasuk kaedah pujukan dengan memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik perhatian pengguna media sosial untuk mendapatkan lesen tanpa ujian dan dalam tempoh yang singkat, murah, mudah serta sukar dikesan pihak berkuasa.

Lanjutan itu, pengguna diminta untuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah, yang menggunakan pelbagai kaedah serta teknik komunikasi yang berbeza.

Tambahnya, lesen memandu yang dikeluarkan secara sah hendaklah mengikut tatacara dan prosedur latihan serta ujian memandu kompeten yang ditetapkan.

Dalam pada itu. JPJ turut menegaskan bahawa memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY