Jangan Percaya Terhadap Dakwaan 5G Sebagai Punca Pandemik Covid-19

Teknologi gelombang radio 5G bukan punca penularan wabak virus pembunuh itu.


Sekumpulan penyokong anti teknologi 5G telah mula menghebohkan dakwaan bahawa penularan wabak pembunuh, Covid-19 berpunca daripada teknologi rangkaian tersebut.

Isu ini mula dimainkan oleh pihak-pihak berpengaruh di media sosial seperti artis dari Amerika, Keri Hilson yang mempunyai lebih daripada 4.2 juta pengikut di akaun ssosial Twitter miliknya.

Artis itu mula membuat hantaran di Twitter yang cuba mengaitkan penularan Covid-19 dengan gelombang radio 5G.

"People have been trying to warn us about 5G for YEARS. Petitions, organizations, studies...what we're going thru is the affects [sic] of radiation. 5G launched in CHINA. Nov 1, 2019. People dropped dead." Keri Hilson.

Tidak lama selepas hantaran itu dibuat, penyanyi itu telah dihentam teruk oleh netizen dan pihak pengurusannya telah meminta beliau supaya memadam haataran tersebut.

https://twitter.com/KeriHilson/status/1239634557189656576?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239634557189656576&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.blackenterprise.com%2Fkeri-hilson-believes-the-coronavirus-outbreak-may-have-been-caused-by-5g-radiation%2F

Isu ini bukan sahaja dimulakan oleh seorang artis ini sahaja, malah pelbagai pihak lain telah menggunakan platfom media sosial bagi menghebahkan dakwaan-dakwaan palsu ini.

Sepertimana dakwaan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Ben Mackie.

"Do you Know the Corona virus is not a f******* virus it’s 5G that’s actually killing people and not a “virus”... they are trying to get u scared of a fake ass virus when it the 5G towers being built around the world. China was the first to have over 100,000 5G towers, and people in Wuhan were the first to get affected by it. "

Dakwaan itu telah dikongsikan oleh lebih daripada 2,600 pengguna Facebook.

Malah pengguna FB ini juga mendakwa bahawa vaksin Covid-19 yang cuba dicipta itu sebenarnya adalah cip yang akan diimplan ke dalam badan manusia.

"These Vaccines are actually chips that they are trying to implant in billions of people across the world. They can literally monitor all ya actions, movements, whereabouts, and thoughts through these lil micro chips. Not only that they can end ya life through them micro chips with the push of a button. They know in order to have millions of people take these vaccines they first need to create a fake virus."

Bagi menangani isu maklumat palsu seperti ini, pihak penyelidik dari U.K telah menegaskan bahawa teknologi rangkaian gelombang radio sebagai bukan punca kepada penularan wabak Covid-19.

"...the new coronavirus is a virus and there is no evidence that 5G is harmful to people’s health." Public Health England.

Kesimpulannya, akan terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan dakwaan-dakwaan yang tidak logik bagi menakutkan orang ramai bagi mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku ketika ini atas pelbagai sbab.

Masyarakat pula dinasihatkan supaya sentiasa peka serta merujuk daripada sumber rasmi yang sah sebelum mempercayai seterusnya menyebarkan berita-berita yang diragui kesahihannya kepada pihak lain.

Sumber: Cnet