Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jam Pintar Citizen Ini Jadi Lebih Pintar Dengan Teknologi NASA

Jam Pintar Citizen Ini Jadi Lebih Pintar Dengan Teknologi NASA

Diterbitkan Januari 6, 2023 · Dikemas kini Januari 6, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas melancarkan generasi pertama jam tangan Pintar CZ pada November 2020, Citizen di Pameran Pengguna Elektronik 2023 (CES) telah melancarkan versi terbaru CZ Smart Watch.

Citizen menyatakan, mereka menjadikan jam pintar ini kepada lebih pintar di mana mereka memanfaatkan teknologi  dari kajian saintifik NASA dan model kecerdasan buatan (A.I) dari IBM.

Citizen menjelaskan, jam pintar CZ Smart ini menawarkan penasihat penjagaan diri terbina dalam melalui aplikasi CZ Smart YouQ yang diperibadikan secara radikal untuk mengoptimumkan manfaat kepada sipemakai.

Jam Pintar Citizen Ini Jadi Lebih Pintar Dengan Teknologi NASA

Menerusi data aktiviti peribadi yang dirakam dengan jam tangan ini termasuklah corak tidur, aktiviti dan pemantauan degupan jantung, CZ Smart YouQ menganalisis dan mempelajari secara kuantitatif tentang pencirian, irama dan tabiat unik pemakai untuk meningkatkan kesesuaian peribadi pemakai.

CZ Smart dilengkapi dengan 2 pilihan saiz skrin AMOLED iaitu 41mm (casual) dan 44mm (sport) dan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon Wear4100+ serta storan terbina bersaiz 8GB.

CZ Smart Watch bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran A.S pada bulan Mac 2023 nanti dengan harga jualan bermula dari USD350 (~RM1538) hingga USD435 (~RM1912).

Berkaitan

  • CES 2023 - HP OMEN Gaming Hub Akan Tawar 'Cloud Gaming' NVIDIA
  • Qualcomm Umum Snapdragon Satellite Untuk Android, Tidak Hanya Terhad Untuk Kecemasan
  • Tonton Trailer Awal Filem Yang Diadaptasi Dari 'Game' PlayStation

Sumber: Newswire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY