Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter office

Jadikan Ibu Pejabat Twitter Seperti Hotel, Elon Musk Berdepan Siasatan

Diterbitkan Disember 9, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang bekas pekerja Twitter mendedahkan bahawa pemilik baru syarikat itu iaitu Elon Musk mula tinggal di ibu pejabat syarikat itu yang terletak di San Francisco sejak diambil alih.

Malah Elon Musk juga telah mengubah bilik persidangan di ibu pejabat Twitter dengan meletakkan katil untuk kemudahan pekerjanya tidur di pejabat.

Ia antara usaha Elon Musk menggalakkan para pekerjanya untuk tinggal di pejabat itu dan bekerja keras.

“Ia kelihatan seperti bilik hotel,” kata seorang bekas pekerja. Mereka juga mengatakan bahawa Musk kerap tidur di Ibu Pejabat Twitter di San Francisco.

elon bed 3
Sofa di ibu pejabat Twitter dijadikan ruang tidur pekerja.
elon bed 2
Almari pakaian yang dimuatkan ke dalam pejabat Twitter.
elon bed 1
Katil yang terdapat di dalam bilik persidangan ibu pejabat Twitter di San Francisco..

Walaubagaimanapun, tindakan itu telah menyebabkan pihak berkuasa Sna Fransisco mula menyiasat perkara itu kerana ia berkemungkinan melanggar syarat bangunan yang ditetapkan.

Pegawai Jabatan Pemeriksaan Bangunan bernama Patrick Hannan memberitahu media San Francisco Chronicle bahawa mereka menyiasat semua aduan.

Ini keranan terdapat peraturan yang berbeza untuk bangunan kediaman, bahkan bangunan yang hanya digunakan untuk penginapan jangka pendek juga mempunyai peraturannya sendiri.

Berkaitan

  • Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk - CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan
  • Twitter Kelam Kabut, Pakar Keselamatan Saran Pengguna Padam DM Segera
  • Cepat Muat Turun 2 Permainan Berharga RM93 Ini Secara Percuma Dari Epic Games

Sumber: BBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY