Isu SST Melibatkan Tambah Nilai Prabayar Dalam Perhatian KKMM

Isu mengenai tambah nilai prabayar dikenakan cukai SST sebanyak 6% telah mula hebat diperkatakan sejak beberapa hari ini.

Hal ini telah menimbulkan reaksi kurang senang terutama sekali daripada kalangan pengguna telco prabayar.



Menjawab pertanyaan tentang isu tersebut di Twitter, menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan isu prabayar dikenakan cukai SST berada dalam perhatian KKMM. Beliau turut menambah, kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Laporan lain pula menyatakan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan mengeluarkan arahan supaya setiap tambah nilai prabayar yang dibeli akan menerima nilai yang sama seperti yang dibayar pengguna.

Kredit gambar: Dabelaa